spot_img

Usop Sontorian, Siri Animasi Pertama Di Malaysia

- Advertisement -

MASIHKAH anda ingat di suatu ketika dahulu, selepas pulang sekolah pada waktu petang mesti akan menunggu di hadapan television menanti siri animasi Usop Sontorian. Bahkan siri animasi ini pada ketika itu cukup popular dan sangat digemari kanak-kanak pada zaman tersebut.

Bukan itu sahaja, siri animasi ini sangat terkenal kerana ia berkisarkan tentang cerita seorang budak kampung bersama kawan-kawan baiknya. gelagat mereka sahaja sangat mencuit hati yang menonton. Malah banyak juga pengajaran yang diselitkan.

- Advertisement -

Usop Sontorian sebenarnya merupakan salah satu siri animasi terbitan Radio Television Malaysia (RTM) pada 1996 sehinggalah 1998. Ia direka oleh Ujang ataupun nama sebenarnya Ibrahim Anon. Beliau merupakan kartunis Malaysia yang sangat terkenal dengan karya-karya yang diterbitkan seperti Ujang dan Gila-Gila.

Siri animasi ini diadaptasikan daripada watak kartun yang dicipta oleh kartunis Ujang yang dimuatkan di dalam majalah Ujang. Bahkan ia menjadi satu pencapaian yang paling hebat apabila ia mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai ‘Siri Animasi Pertama Di Malaysia’. Apa yang membanggakan, ia turut disiarkan di beberapa buah negara di seluruh dunia.

Kerjasama yang mantap diantara Ujang dan pengarah siri animasi ini iaitu Kamn Ismail telah menubuhkan Kharisma Pictures pada Oktober 1993. Bahkan hasil usaha mereka berdua telah melahirkan lebih ramai karyawan-karyawan yang rata-ratanya datang dari pelosok kampung.

Sinopsis Usop Sontorian

- Advertisement -

Usop Sontorian mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor.

Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak bongsu didalam keluarganya. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit untuk membelikannya asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop.

Usop juga mempunyai beberapa kawan sepermainan yang berbilang bangsa seperti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh dan mempunyai ayam yang bernama Selebet.

- Advertisement -

Sepanjang siarannya, ia mempunyai tiga musim iaitu musim pertama pada tahun 1996 sebanyak 17 episod, musim kedua pada 1997 sebanyak 16 episod dan musim ketiga pada tahun 1998 sebanyak 16 episod.

Sambutan Yang Hangat

Siapa sangka siri animasi ini sebenarnya mampu mencipta namanya sendiri dipersada dunia. Ia telah mencipta sejarahnya dengan menjadi siri animasi pertama di Television di Malaysia. Bukan itu sahaja, siri animasi ini juga memberikan banyak peluang kepada para pelukis untuk mengembangkan bakat-bakat lukisan mereka. Bahkan ia dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga.

Paling menarik, Usop Sontorian turut mencipta nama dan mendapat sambutan hangat di Jepun ketika ditayangkan di festival Animasi Asia (Hiroshima) pada tahun 1996. Namun ia terhenti ditayangkan disebabkan kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1998.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL