spot_img

Viral Rakaman Makcik Honda HRV “Terpaksa” Langgar Axia Untuk Keluar Parkir

- Advertisement -

PENINGKATAN jumlah kereta di Malaysia sekaligus telah menyebabkan ruangan parkir di tempat awam tidak mencukupi sehingga menyebabkan orang ramai meletakkan kereta di tempat-tempat yang tidak sesuai.

Baru-baru ini rakaman seorang mak cik melanggar sebuah kereta lain tular dan mencuri tumpuan pengguna TikTok apabila dia ‘terpaksa’ berbuat demikian kerana ada sebuah Perodua Axia menghalang kereta Honda HR-V dipandunya untuk keluar daripada parkir.

Menurut pengguna TikTok lain, mereka menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam. Salah satu lokasi yang cukup terkenal di kalangan orang ramai untuk mencari pelbagai jenis makanan dan minuman untuk mengisi perut.

- Advertisement -

Rata-rata ramai mengecam pemandu Perodua Axia tersebut yang tidak bertimbang rasa kerana double-park di kawasan orang ramai sehingga menyebabkan kesukaran kepada pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan itu.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman terpaksa menghubungi majlis perbandaran untuk mengangkut kenderaan lain yang menghalang jalan hampir 30 minit sehingga mengganggu urusan orang lain.

Pada beberapa saat terakhir video berdurasi 25 saat ini, pemandu Perodua Axia tersebut dilihat menghampiri kereta untuk mengalihkannya, lalu kereta Honda HR-V tersebut keluar meninggalkan parkir di kawasan medan selera tersebut.

- Advertisement -

Semoga video ini dapat jadi pengajaran kita semua agar sentiasa peka dan bertimbang rasa apabila mahu meletakkan kenderaan di tempat awam. Lebih-lebih lagi apabila perlu double-park di hadapan atau belakang kereta orang lain. Rakaman di akhir artikel ini.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @MIAAYUSLIX
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @MIAAYUSLIX
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @MIAAYUSLIX
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @MIAAYUSLIX
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @MIAAYUSLIX

Rakaman yang tular

@miaayuslixEntah lah tak tahu nak cakap apa 😮‍💨.. kesian kat makcik tu

♬ as usual – Official Sound Studio

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL