spot_img

Bagaimana Kereta Lamborghini Lepas Lalu Bawah Palang Tol Cetus Tanda Tanya

- Advertisement -

SETIAP kali pengguna jalan raya akan melalui laluan tol, kadang-kala sudah pasti ada rasa sedikit berdebar kerana tidak pasti samada baki di dalam kad Touch ‘n’ Go, e-wallet atau SmartTAG mencukupi ataupun tidak.

Sejak sehari dua lalu, tular satu rakaman video menunjukkan sebuah kereta model Lamborghini Aventador telah lalu di bawah palang tol di laluan SmartTAG dan lampu di paparan skrin menunjukkan warna merah.

Video tersebut telah mencetus pertikaian pelbagai pihak di media sosial. Ada yang menyatakan baki pada SmartTAG kereta Lamborghini itu tidak cukup kerana lampu pada paparan skrin masih lagi berwarna merah.

- Advertisement -

Ada sebahagian lain pula memberikan pendapat berbeza, mereka menyatakan duit pada SmartTAG tetap ditolak dan palang tol tidak terangkat kerana sensor pada sistem palang tol tidak dapat mengesan kereta yang bersaiz rendah.

Akaun TikTok rasmi Rapid KL turut berkongsi komen yang melucukan dengan menyatakan bas-bas mereka tidak boleh melepasi bawah palang tol seperti yang dibuat oleh kereta Lamborghini tersebut.

Bagaimana pula dengan pendapat anda, adakah SmartTAG pada kereta Lamborghini itu ditolak atau sebaliknya?

- Advertisement -

Kami menyeru agar semua pengguna jalan raya sentiasa memeriksa baki Touch ‘n’ Go dan SmartTAG anda sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kesulitan kepada ramai pihak. Video di akhir artikel ini.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL