spot_img

Kemunculan Semula Pelakon Shaolin Soccer Mengejutkan Peminat Kerana Didakwa “Digam” Kerajaan China

- Advertisement -

ADAKAH anda ingat siapa pelakon Shaolin Soccer yang menjadi penjaga gol gantian yang membantu pasukan Shaolin Soccer menang dalam perlawanan akhir? Sebelum ini, Zhao Wei yang merupakan seorang pelakon terkenal di China dan juga billionaire didakwa telah ‘menghilangkan diri’.

Menurut laporan, semua maklumat mengenai Zhao Wei telah ‘dilupuskan’ oleh pihak kerajaan China dimana namanya telah ‘digam’ oleh kerajaan China di semua platform. Selain dibuang dari carian Weibo dan media sosial di China, Zhao Wei turut diharamkan dari muncul di kaca TV.

- Advertisement -

Zhao Wei mendapat perhatian para peminat dan rata-rata peminat bimbang dengan keselamatan pelakon itu sebaik sahaja dikatakan hilang secara tiba-tiba di hadapan media dan juga di khalayak.

Menurut beberapa laporan, kerajaan China dikatakan tidak berpuas hati dengan Zhao Wei kerana tidak bersikap patriotik dan dikatakan seringkali terlalu bersikap terbuka tentang pandangan politiknya serta dianggap tidak menjaga sensitiviti politik China.

Selepas lama menghilang, nama Zhao Wei trending di Weibo dimana melihatnya di Wuhu sekaligus menafikan Zhao Wei sudah lari ke Perancis. Bukan itu sahaja, Weibo milik pelakon terkenal itu turut didakwa telah ‘unmuted’ tetapi topik hangatnya masih lagi dipadam.

- Advertisement -

Kemunculannya di media sosial melegakan ramai pihak terutama sekali peminat Zhao Wei. Namun, berdasarkan beberapa laporan media, langkah China itu disifatkan sebagai tindakan keras dalam mengekang budaya peminat melebih-lebihkan selebriti selepas beberapa siri kontroversi melibatkan selebriti didedahkan.

- Advertisement -

Akan tetapi, agensi pengurusan Zhao Wei, Pulin Saisi menyatakan pihaknya tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL