Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Misteri, Lelaki Terkejut Menjumpai Rambut Yang 'Terkeluar' Dari Kubur Yang Berusia 100 Tahun
spot_img

Misteri, Lelaki Terkejut Menjumpai Rambut Yang ‘Terkeluar’ Dari Kubur Yang Berusia 100 Tahun

- Advertisement -

JIKA disebut sahaja mengenai tanah perkuburan, pastinya akan keluar pelbagai cerita mistik mengenainya terutamanya melibatkan hantu. Bahkan, ia selalunya akan dikaitkan dengan identiti mistik. Apa tidaknya, ia semestinya menakutkan apatah lagi bila waktu malam.

Namun, kejadian yang berlaku di California ini bukanlah cerita hantu pada waktu malam. tetapi,ia lebih kepada satu penemuan misteri yang sangat memeranjatkan orang yang menonton video berkenaan.

Difahamkan seorang lelaki di California terkejut dan ketakutan apabila menemui objek yang dipercayai rambut manusia selepas tersandung pada satu kubur yang dikatakan berusia 100 tahun, lapor New York Post.

- Advertisement -

Lelaki yang bernama Joel Morrison itu turut berkongsi detik tersebut dilaman TikToknya dan meraih 1.5 juta tontonan dan 290k Likes.

“Ketika saya pertama kali melihatnya, saya terkejut .Saya tidak pasti apa yang saya lihat itu nyata,” kata Joel Morrison

Dia turut memberitahu penemuan aneh itu ketika dia melawat Tanah Perkuburan Katolik Saint Joseph di Sacramento.

- Advertisement -

Pada mulanya, dia tidak menyangka bahawa itu adalah rambut manusia. Namun setelah mengamatinya secara lebih dekat dia mendakwa objek yang terjurai itu sememangnya rambut manusia yang terkeluar dari kuburan berkenaan.

“Ada rambut orang yang keluar dari celah itu,” kata Joel didalam videonya.

- Advertisement -

Bagaimanapun, selepas tersebarnya video berkenaan, penjaga kubur ataupun petugas kebersihan kubur berkata dia merasakan kesian bagi anggota keluarga yang meninggal dan bimbang tentang pemeliharaan tanah kubur tersebut.

Dia juga turut mendakwa kadangkala tupai dan haiwan lain serta pokok yang tumbuh disekeliling juga boleh merosakkan keadaan kubur sehingga menjadi sedemikian rupa.

Rata-rata warganet memberikan komen merasa seram melihat video tersebut.

“Ini adalah kejadian paling menakutkan saya pernah tengok” tulis pengikutnya.

Namun, ada juga diantara mereka berpendapat ia terjadi berkemungkinan disebabkan oleh fenomena alam seperti hujan dan sebagainya dan menyebabkan mayat didalam kubur bergerak sendiri sehingga menampakkan bahagian rambutnya.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa kejadian itu berlaku kemungkinan ia ditanam berdekatan dengan pokok. Perkara itu telah pun dicadangkan oleh pihak kuburan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Menurut mereka,tekanan daripada akar pokok yang kuat dikatakan boleh menyebabkan bahagian kubur yang diperbuat daripada konkrit sedikit terbuka dan ini menyebabkan haiwan-haiwan bersaiz kecil tertarik untuk bersarang disitu.

Namun, apa yang anehnya adalah apabila Joel kembali ke kubur tersebut pada keesokan harinya, dia mengatakan bahawa rambut itu seolah-olah telah ‘masuk’ semula ke dalam kubur. Tidak dapat dipastikan sama ada ia pergerakkan yang mistik ataupun seseorang yang bertanggjungjawab menjaga kubur berkenaan telah memasukkan semula rambut tersebut.

Joel juga mengatakan dia sebenarnya mahu mengambil rambut tersebut dan merancang untuk menghantarnya ke pejabat koroner untuk mengenal pasti identiti rambut tersebut adakah ia milik manusia ataupun sebaliknya. Namun, masih belum ada jawpan lagi mengenainya.

Lihat video penuh dibawah:

@kaitlynnerbeznikMy brother found this disturbing bit of hair while on an adventure to a cemetery! #t#umbleweave #c#emetery #c#orpse #g#rave #g#ross #w#tf #o#mg

♬ original sound – Kaitlynn Erbeznik

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunc

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL