spot_img

Siri Animasi Dragon Ball Rupanya Dihasilkan Dengan Kolaborasi Studio Malaysia

- Advertisement -

“SEBENARNYA Dragon Ball ada 7 biji semuanya!” Itulah ayat keramat bagi siri animasi popular yang menjadi tatapan kanak-kanak yang lahir pada tahun 80-an mahupun 90an. Malah sehingga hari ini, siri animasi ini masih dikatakan diantara animasi yang sangat popluar dikalangan masyarakat terutamanya di Asia Tenggara.

Siapa sangka  siri manga atau animasi terkenal sepanjang zaman iaitu Dragon Ball hasil dari Akira Toriyama rupa-rupanya merupakan hasil daripada studio tempatan dari Malaysia yang turut berkolaborasi dalam pembikinan Dragon Ball. Sungguh menakjubkan bukan?

Bahkan siapa tidak berbangga apabila siri animasi ini sebenarnya mempunyai hubungan dua hala diantara animasi Jepun dan animasi di Malaysia. Malah animasi dari Malaysia boleh dikatakan sama hebat dengan animasi antarabangsa.

- Advertisement -

BACA JUGA: Usop Sontorian, Siri Animasi Pertama Di Malaysia

Perkongsian oleh pengguna Facebook Nahar Fadzil di Group Malaysiaku Dulu Dulu sangat mengejutkan dan ramai yang tidak menyangka bahawa ia adalah hasil anak seni Malaysia.

Siri Animasi Dragon Ball Rupanya Dihasilkan Dengan Kolaborasi Studio Malaysia

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, menurutnya Nahar juga, beliau merupakan pasukan awal animasi di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Lensamation Sdn Bhd. Ia menghasilkan siri popular itu dengan kerjasama syarikat animasi Jepun iaitu TOEI DOGA Animation (TIDA).

Mengikut sejarah Lensa Film Sdn Bhd, mereka sebenarnya memulakan projek tersebut pada tahun 1985. Bukan itu sahaja, enam artis telah dipilih untuk dilatih dibawah TIDA sementara Lensa Film pula membawa lima pakar animasi dari Jepun untuk melatih lebih daripada 70 artis animasi tempatan dalam jangka masa 2 tahun.

Individu-individu ini diberi peluang unuk bekerja sambil dilatih dalam masa yang sama. Ia bukan sahaja telah menyumbang kepada industri animasi negara malah turut menaikkan nama animasi negara keperingkat yang lebih tinggi.

- Advertisement -

Siri Animasi Dragon Ball Rupanya Dihasilkan Dengan Kolaborasi Studio Malaysia

Tambahnya lagi, beliau turut menyatakan di ruangan komen bahawa tugas beliau adalah sebagai pelukis dan inker. Manakala storyboarding pula dihasilkan oleh pengarah skrip dari TIDA.

Dia juga memaklumkan bahawa wakil daripada TIDA akan datang ke Malaysia untuk membuat pemantauan dari segi kualiti dan penyeragaman animator dari Jepun dan Malaysia.

Siri Animasi Dragon Ball Rupanya Dihasilkan Dengan Kolaborasi Studio Malaysia

“Ini picture personal aku bersama geng-geng animasi Malaysia seawal 1988. Sekarang bila rerun di TV aku bagitau “ayahlah yang buat Dragonball ni dulu,” anak aku tak percaya!”. katanya

Bukan itu sahaja, Lensa Film itu dikatakan juga telah berkolaborasi dengan beberapa siri animasi lain yang terkenal seperti Sailormoon dan Transformers. Mereka juga telah menghasilkan beberapa animasi tempatan seperti animasi Kacang dan Ranggi.

Siri Animasi Dragon Ball Rupanya Dihasilkan Dengan Kolaborasi Studio Malaysia

Sejarah Ringkas DragonBall

Dragon Ball atau lebih di kenali sebagai nama Mutiara Naga di Malaysia adalah sebuah animasi manga hasil karya Akira Toriyama. Siri ini bermula di Majalah Shonen Jump Mingguan bermula pada 3 Disember 1984 sehingga 5 Jun 1995. Ia diterbitkan dalam jilid tankonon oleh syarikat Shueisha sebanyak 42 buah jilid.

Siri anime ini pula diadaptasikan selama dua musim dihasilkan oleh Toei Aminatin dan ditayangkan di Fuji TV.

  • Siri Pertama – 153 episod (26 Februari 1986 sehingga 12 April 1989)
  • Siri Kedua (Dragon Ball Z) – 291 episod (26 April 1989 sehingga 31 Januari 1996)
  • Siri Tambahan (Dragon Ball GT) – 64 episod (7 Februari 1996 sehingga 19 November 1997)
  • Siri Dragon Ball Z ditayangkan semula dengan menggunakan format (HD) tetapi menggunakan tajuk yang berbeza iaitu Dragon Ball Kai sempena ulangtahun Dragon Ball Z ke-20.
  • Siri terbaru (Dragon Ball Super) – 20 Jun 2015 ditayangkan sehingga kini.

Siri Animasi Dragon Ball Rupanya Dihasilkan Dengan Kolaborasi Studio Malaysia

Watak utama Dragon Ball

  • Son Goku
  • Bulma
  • Krilim
  • Pendekar Penyu
  • Vegita
  • Son Gohan
  • Son Goten
  • Trunks

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL