Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Istana Raja Muda Teluk Intan Bakal Lenyap
spot_img

Istana Raja Muda Teluk Intan Bakal Lenyap

- Advertisement -

WALAUPUN terbiar, pelbagai pihak mahu Istana Raja Muda di Teluk Intan ini dikekalkan dan dibaik pulih sehingga menjadi ikon pelancongan.

Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di sini yang dibuka untuk jualan secara tender terbuka mengejutkan pelbagai pihak kerana ia dianggap sebagai warisan sejarah Kesultanan Perak dan wajar dikekalkan dan dipulihara.

Istana itu bersama kawasan seluas kira-kira dua hektar ditender untuk pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.

- Advertisement -

Istana Raja Muda Teluk Intan

Ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaya, Hairul Alias berkata, bangunan warisan sejarah bernilai tinggi itu sepatutnya dipulihara dan dijadikan satu lagi ikon kepada Teluk Intan.

“Kami terkejut dan kecewa kerana sepatutnya ia menjadi daya tarikan Teluk Intan kerana selain binaannya yang menarik dan tempat bersemayam Raja Muda sebelum ini.

- Advertisement -

“Pada pendapat saya, walaupun bangunan ini tidak lagi digunakan, ia wajar dikekalkan sebagai warisan sejarah yang bernilai tinggi,” katanya.

Istana Raja Muda Teluk Intan

Hairul bimbang apabila kawasan itu dikomersialkan nanti, bangunan istana lama yang sepatutnya menjadi ikon bandar Teluk Intan selain Menara Jam Condong, akan lenyap.

- Advertisement -

Justeru, persatuan berharap penjualan secara tender kawasan istana itu dikaji semula dan ditukar menjadi muzium.

“Ini kawasan strategik, tidak wajar hanya melihat dari sudut perniagaan sahaja, sebaliknya naikkan produk pelancongan Teluk Intan,” katanya.

Istana Raja Muda Teluk Intan

Tinjauan mendapati sudah ada beberapa pihak yang meninjau lokasi istana itu dipercayai untuk membuat penilaian sebelum membuat bidaan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Warisan Teluk Intan, Saiful Rezal Mohd Razali berkata, bangunan itu dibina pada awal tahun 1920-an sebagai Istana Raja Muda Perak antaranya, Raja Muda Abdul Aziz yang akhirnya menjadi Sultan Perak.

Katanya, baginda merupakan Raja Muda pertama mendiami istana itu dan diteruskan oleh Raja Muda Yussuf, Raja Idris Shah dan Raja Muda Musa.

BACA JUGA: Kerajaan Dikritik Bina Lebuh Raya Hanya Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah

“Sepatutnya istana ini dipertahankan demi meneruskan legasi tapi sebaliknya yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri boleh menjadikan Selangor sebagai rujukan terbaik dengan menukarkan peranan sebuah istana lama di Klang menjadi Kolej Agama Islam yang secara langsung dapat mengekalkannya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL