Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Kes Langgar Lari, Anak Masih Koma Dan Kritikal Pada Saat Ini
spot_img

Kes Langgar Lari, Anak Masih Koma Dan Kritikal Pada Saat Ini

- Advertisement -

SUDAH banyak kejadian kemalangan langgar lari yang berlaku di Malaysia. Namun sehingga hari ini masih tiada penyelesaian yang ketara bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang kembali.

Apa yang menyedihkan, kes-kes langgar lari ini kebanyakannya melibatkan penunggang motor. Bukan sahaja mengalami kecederaan serius, malah pihak yang melanggar turut tidak berperikemanusian dengan melarikan diri bagi mengelak daripada bertanggungjawab.

Hati ibu mana yang tidak sedih dan pilu apabila melihat anak yang ditatangnya dengan baik akhirnya jatuh terkulai di jalanraya akibat kecuaian orang lain. Bahkan mangsa juga dikatakan sedang kritikal dan koma selepas mengalami kemalangan pada 14 September lepas.

- Advertisement -

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh ibu mangsa Sal Butik DQaseh di Facebook miliknya, anaknya lelakinya iaitu Muhammad Faris Bin Jaafar telah mengalami kemalangan di Lebuhraya Persekutuan Shah Alam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Mangsa yang juga merupakan pekerja Hicom bersama supervisornya iaitu Muhammad Amirul Firdaus Bin Salehuddin dikatakan menunggang motor akan tetapi dilanggar oleh sebuah lori. Namun menurut ibu mangsa pemandu lori tersebut tidak dapat dikesan sehingga hari ini. Bagaimanapun kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Rahimah Klang pada hari kejadian.

- Advertisement -

“Kejadian kemalangan di federal Highway Shah Alam, anak ku Muhammad faris Bin Jaafar yang baru balik kerja Hicom malam bersama supervisornya Muhammad amirul Firdaus Bin Salehuddin.. Langgar lari… driver lori tak dapat dikesan,” tulisnya di Facebook.

Difahamkan juga, Muhammad Faris kini sedang berada dalam keadaan koma dan kritikal. Ibunya turut memberitahu, kesan daripada kemalangan tersebut berkemungkinan anaknya akan lumpuh dibahagian tengkuk disebabkan patah.

“Anak saya Muhammad Faris masih koma.. kritikal.. dan lumpuh bahagian tulang tengkuk atas patah.. doktor khuatir urat saraf terjejas menyebabkan pertu ke atas dikhuatiri lumpuh.. dan pendarahan kepala.. pun boleh menyebabkan lumpuh.”

- Advertisement -

Tambahnya lagi, doktor juga memaklumkan kepadanya, pada masa kini kemungkinan berlakunya pendarahan di bahagian kepala, serta terjejas urat saraf yang membolehkan anaknya menjadi lumpuh.

Beliau turut menyisipkan doa serta meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan anak dan kawan baik anaknya.

“Saya mohon jasa baik tolong dakan kesembuhan anak saya dan kawannya Muhammad Amirul.”

Diminta juga bagi sesiapa yang mengetahui maklumat pada hari kejadian untuk tampil menghubungi ibu mangsa ataupun pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL