Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pelik Sejak Awal Semester Pensyarah Tak Pernah Buka Kamera Rupanya Sakit Sambil Mengajar
spot_img

Pelik Sejak Awal Semester Pensyarah Tak Pernah Buka Kamera Rupanya Sakit Sambil Mengajar

- Advertisement -

BAGI tenaga pengajar, sudah menjadi kebiasaan untuk menunjukkan wajah apabila mengadakan sesi pembelajaran secara atas talian supaya anak didik lebih bermotivasi dan memahami ilmu dengan gaya lincah yang disampaikan.

Namun, tindakan seorang pensyarah Universiti Gadjah Mada ini mengundang persoalan dalam kalangan para pelajar kerana tidak pernah membuka kamera komputer riba ketika mengajar sejak awal semester.

Bagaimanapun, semua ‘terbongkar’ saat pensyarah tersebut Edi Prasetyo Nugroho tidak sengaja terbuka kamera. Rupa-rupanya beliau sakit dengan memakai tiub oksigen namun tidak pernah berkongsi mengenai keadaannya kepada semua.

- Advertisement -

Kisah itu dikongsi oleh salah seorang pelajar, @eccediary di platform TikTok yang terharu dengan kesungguhan dan pengorbanan pensyarahnya dalam memikul tanggungjawab walaupun tahap kesihatan tidak mengizinkan. Video di akhir artikel ini.

Memetik laporan Tribun News, @eccediary atau nama sebenarnya Nandini Catra Nabilah memaklumkan pensyarah yang mengajar subjek perniagaan dan pengurusan itu menghidap penyakit kegagalan buah pinggang sejak 11 tahun lalu.

Pesanan awal semester

“Saya baru mendapat tahu, sudah 11 tahun Pak Edi sakit gagal ginjal dan sampai sekarang perlu mencuci darah setiap dua minggu sekali,” katanya.

Gadis berusia 23 tahun itu berkata, mungkin sebab itulah dia perasan suara pensyarahnya kadang-kala mengalami serak dan seolah-olah sukar bernafas ketika sesi mengajar.

Beliau tak pernah mengeluh

“Saya rasa semakin terinspirasi dengan kesungguhan Pak Edi yang selama ini selalu semangat mengajar tanpa pernah mengeluhkan keadaannya,” ujar Nabilah.
- Advertisement -

Perkongsian video berkenaan meraih 4.2 juta tontonan dan lebih 20,700 komen warganet dimana turut kagum dengan kecekalan pendidik itu yang bertungkus lumus dalam menyampaikan ilmu agar anak didik tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Rakaman yang tular

@eccediarySehat selalu Bapak, terima kasih sudah mendedikasikan waktu dan semangatnya untuk mengajar✨ ##bcaxyz ##bcazxy

♬ You Are Enough – Sleeping At Last

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL