spot_img

Sekeluarga Termasuk Kanak Kanak Kemalangan Motor Akibat Pemandu Wira Tukar Lorong Mengejut

- Advertisement -

MENUKAR lorong secara tiba-tiba merupakan salah satu faktor utama kenapa kemalangan jalan raya boleh berlaku di negara kita. Lebih buruk lagi apabila kenderaan lain yang menerima “akibat” atas keputusan yang dibuat oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Tular baru-baru ini satu rakaman dashcam satu keluarga termasuk seorang kanak-kanak yang sedang menaiki motosikal merempuh sebuah kenderaan model Mazda setelah SUV tersebut terpaksa brek mengejut apabila ada sebuah Proton Wira menukar laluan lorong secara tiba-tiba.

Rakaman video tersebut terakam pada dashcam salah sebuah kenderaan yang berada di belakang mereka. Proton Wira tersebut secara terang-terangan dilihat menukar masuk ke laluan kirinya secara mengejut sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain pula terlibat kemalangan.

- Advertisement -

Orang ramai yang menonton video tersebut rata-rata memberikan komen yang tidak berpuas hati dengan tindakan melulu pemandu Proton Wira tersebut.

Pada masa yang sama, ramai memberi pesanan kepada penunggang motosikal serta pemandu kenderaan bertayar empat di luar sana supaya mengamalkan jarak pemanduan selamat agar dapat mengelak sekiranya kenderaan hadapan membuat brek mengejut secara tiba-tiba.

Para netizen turut memuji pasangan di dalam kereta Mazda tersebut kerana sejurus motosikal melanggar bahagian belakang kereta mereka, kedua-duanya terus melihat keadaan ahli keluarga tersebut.

- Advertisement -

Tidak kurang juga ada yang menyeru orang ramai agar memasang sistem dashcam pada kenderaan masing-masing kerana ia bukan sahaja dapat merakam ‘bukti’ untuk diri sendiri, pada masa yang sama ia boleh membantu merakam insiden yang berlaku kepada orang lain.

Semoga ahli keluarga motosikal tersebut cepat pulih dan insiden ini menjadi iktibar buat orang ramai agar sentiasa memandu secara defensive berbanding pemanduan agresif yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Video di akhir artikel ini.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK FUNTASTICKO DOTNET
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK FUNTASTICKO DOTNET
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK FUNTASTICKO DOTNET

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL