spot_img

Viral Rakaman Lautan Sampah Di Perairan Langkawi, MPLBP Akui Berpunca Dari Bukit Malut

- Advertisement -

UMUM mengetahui bahawa kerajaan melaksanakan projek rintis gelembung pelancongan domestik di Pulau Langkawi bermula pada 16 September yang dijadikan kayu ukur bagi pembukaan pulau peranginan lain.

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna media sosial TikTok yang memaparkan sampah hanyut dan terapung di kawasan perairan berdekatan pulau pelancongan itu.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di kawasan perairan berhampiran Bukit Malut dan dua buah hotel ternama di pusat peranginan tersebut.

- Advertisement -

Pada awalnya, rata-rata netizen mengecam pencemaran itu dan mengesyaki ia dilakukan oleh pelancong yang dibenarkan memasuki Pulau Langkawi sejak beberapa hari lalu.

Namun, ada juga netizen mendakwa pencemaran itu disebabkan oleh pendatang dari Myanmar yang menduduki kawasan Bukit Malut.

Susulan video tular tersebut Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) mengakui bahawa sampah terapung itu berpunca daripada penempatan haram di Bukit Malut, menurut sumber Harian Metro.

- Advertisement -

“Memang betul sampah itu datang dari penempatan di Bukit Malut dan terapung di perairan pulau ini ketika musim tengkujuh dan air pasang besar.”

“Ini kerana apabila air pasang besar sehingga ke rumah di penempatan itu, sampah yang sebelum ini dibuang akan dihanyutkan ke tengah laut,” kata Yang Dipertua MPLBP, Radzuan Osman.

Ujarnya, pihak MPLBP akan segera membersihkan sampah hanyut yang mencacatkan pemandangan di situ.

- Advertisement -

Dalam pada itu, kejadian ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memohon pihak berwajib menangani isu ini dengan kadar segera.

Isu mengenai Bukit Malut ini sudah bertahun-tahun diperdebatkan. Difahamkan, penempatan ini mula dibuka sejak awal 80-an oleh pelarian Myanmar yang membina rumah di kawasan pesisir laut sebelum ia terus berkembang sehingga ke kawasan berbukit.

Bagi penduduk asal Langkawi, Bukit Malut dianggap sebagai misteri kerana penghuninya kurang bercampur dengan orang tempatan, walaupun kebanyakan mereka mulai terbabit dalam kegiatan ekonomi setempat termasuk memiliki perniagaan sendiri.

Selain itu, turut terkenal dengan persekitaran kotor dan busuk sehingga pernah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah terpaksa mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan berkenaan bersama penduduk.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL