Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Filem Frontliner Ditolak Stesen TV Berbayar Tetapi Bakal Ditayangkan Di Netflix
spot_img

Filem Frontliner Ditolak Stesen TV Berbayar Tetapi Bakal Ditayangkan Di Netflix

- Advertisement -

SEBELUM ini kecoh apabila ada filem yang ditolak ditayangkan oleh stesen TV berbayar. Terbaharu, sebuah filem Frontliner turut tidak ditayangkan di stesen TV berbayar atas sebab yang tidak dinyatakan menjadi perhatian ramai.

Difahamkan, filem Frontliner akan ditayangkan di laman penstriman Netflix pada 30 September 2021. Untuk pengetahuan anda, filem ini mengisahkan tentang situasi petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus sepanjang pandemik menular.

- Advertisement -

Filem ini sudah siap dihasilkan sejak tahun lalu tetapi disebabkan berdepan pelbagai kepayahan seperti stesen TV berbayar tidak jadi menayangkan filem tersebut menyebabkan filem ini ditangguhkan tayangannya.

Bukan itu sahaja, pihak produksi turut ditipu oleh ejen yang dikatakan mahu membantu untuk pitch ke Netflix. Hasil usaha dan tidak berputus asa, kini filem Frontliner akan menemui anda tidak lama lagi di Netflix.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah tidak sabar mahu menonton filem ini dan juga mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan yang mereka lakukan.

- Advertisement -

Filem ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Azhan Rani, Beto Kusyairy, Ashraff Muslim, Emma Maembong dan ramai lagi. Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton filem ini apabila ditayangkan di Netflix.

Frontliner Teaser

“Senang ke masuk NETFLIX? Tak senang. Kisah kami nak shoot frontliner ni sedihhh la. Kami panjat Agensi kerajaan untuk minta bantuan gunakan aset. Tapi tak kena layan. Haha. Tak de siapa nak tolong. Yang paling cool abang bomba. Company Rider pun tak layan.”

- Advertisement -

“Kumpul duit sendiri, kemudian kami shoot. Niat kami cuma satu, nak menghasilkan naskah buat semua frontliner. Kami dah masukkan semua yang mampu dalam naskah ini.”

“Kalau ada yang tertinggal kami mohon maaf banyak-banyak. Tapi inilah kisah yang kami abadikan sebagai kenangan perjuangan dalam naskah yang tidak sempurna. Kritiklah kami terima, tapi janganlah menghina. Sebab mereka bekerja keras menghasilkan naskah ini.”

“Mula-mula patut Astro First tayangkan tak jadi. Malas cerita isu ni. Lepas tu kami pitch ke Netflix. Agent pertama tipu kami hidup-hidup. Kami shoot tahun lepas sebelum delta bagai menyerang. Agent kedua baru semuanya okay. Cerita ni dah genap setahun.”

“Its not perfect. Banyak lagi yang boleh diperbaiki. But we made it to Netflix with our own effort from day one. Semoga ianya memberikan impak, tak besar, sedikit pun cukuplah kepada anda.”

“Jangan lupa, 30 September 2021, tayangan serentak seluruh dunia.”

“Kita semua manusia. Terima kasih frontliner.”

Dari Facebook  Aminahtul Mardiah Md Nor

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL