spot_img

Mahal Dan Sempit, Bilik Di Kondominium Ini Disewa Dengan Harga RM1515

- Advertisement -

UMUM tahu, harga rumah yang mahal antara yang mendesak orang ramai untuk menyewa. Selain itu, mereka yang sekadar bekerja di sesuatu kawasan dalam tempoh yang tidak panjang antara yang memilih untuk menyewa berbanding membeli sesebuah rumah.

Mengamalkan konsep, bilik sewa sekadar untuk berehat dan tidur, iklan bilik sewa di Singapura ini telah menimbulkan buah mulut orang ramai apabila bilik dengan kelebaran sekadar cukup untuk memuatkan katil beserta kipas ditawarkan dengan harga bulanan setinggi S$500 (~RM1,515).

SUMBER: FACEBOOK MOTHERSHIP SG

Meskipun individu yang menyewa bakal menjadi penduduk kondominium mewah di kawasan Boon Keng, Singapura, penyewa sekadar menerima sebuah bilik kecil beserta kipas angin, fasiliti yang ditawarkan kondominum beserta sewa bil elektrik dan air bulanan.

- Advertisement -

Difahamkan lokasinya yang strategik serta berdekatan dengan stesen MRT antara yang membuatkan bilik sewa ini disewa dengan harga yang premium.

Di sebalik penawaran bilik kecil ini, para netizen nampaknya tidak terlepas daripada menyoal mengenai soal harga sewaan yang tinggi bagi bilik kecil ini. Tidak kurang juga yang berminat untuk tahu dimanakah pakaian penyewa bakal disimpan dan digantung.

Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat harga yang ditawarkan buat bilik sewa berkenaan bergantung kepada tuan rumah di mana para penyewa yang tidak berminat tidak perlu menyewa di bilik stor ini.

- Advertisement -

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah berbaloi untuk berbelanja sehingga S$500 (~RM1,515) sebulan di Singapura semata-mata untuk menginap di ‘kondominium’ ini.

Reaksi beberapa wargamaya

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL