spot_img

Pernah Gemparkan Negara Dengan Kes “1 Sen”, Aman Shah Dakwa Sistem Bank Malaysia Tidak Selamat

- Advertisement -

BUAT mereka yang lahir di era 80an atau awal darinya, pasti anda familiar atau pernah terdengar mengenai satu kes yang pernah menggemparkan negara dimana seorang eksekutif bank berjaya menggodam dan memecahkan kod keselamatan sistem bank sehingga bergelar jutawan segera.

Lebih menarik apabila pegawai bank terbabit yang bernama Aman Shah dilaporkan hanya mengambil 1 sen dari setiap akaun pelanggan HockHua Bank setiap hari selama 14 hari dan berjaya meraih RM 4 juta dari kegiatan tersebut.

- Advertisement -

Semua taktik liciknya itu berjaya dikesan selepas dia tampil menerusi satu temu ramah dalam satu rancangan televiysen kerana kereta-kereta mewah yang dimilikinya antaranya Lamborghini Countach (RM1.3 Juta) , Mercedez Benz 300 SL (RM500 K) , Porsche 928 S4 (RM638,000) dan banyak lagi.

Itu pun secara kebetulan dimana seorang penonton rancangan tersebut adalah bekas majikannya sendiri.

Antara kereta mewah yang dimiliki Aman Shah.

Kisah tersebut kemudian mula dilupakan orang ramai untuk satu tempoh yang begitu namun kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas kemunculan kembali Aman Shah yang aktif di laman media sosialnya.

- Advertisement -

Malah bekas eksekutif bank yang mempunyai ramai pengikut ini difahamkan akan melancarkan buku yang bakal menyingkap kembali kisah dirinya yang penah mengegarkan negara itu pada  tahun 2021.

Terbaru selepas berpuluh tahun, nama Aman Shah sekali lagi muncul di muka akhbar selepas dia dijemput untuk satu temu bual ekslusif bersama Mingguan Malaysia (Utusan Malaysia) .

Yang menariknya Aman menerusi temu bual tersebut mendakwa sesetengah sistem perbankan di negara kita terlalu banyak kelemahan sehingga boleh dipintas oleh penggodam.

Hanya copy paste

- Advertisement -

Padanya teknologi sistem yang digunakan oleh beberapa bank di Malaysia pada ketika ini hanyalah bersifat copy and paste dan diambil dari sistem terdahulu.

Malah ada segelintir yang menggunakan perisian open source, menyebabkan wujudnya loophole atau backdoor yang jika dibiarkan akan mudah menjadi sasaran penggodam sekaligus merisikokan wang pendeposit.

“Jika kita cakap pasal struktur keselamatan bank, sebenarnya banyak lompong. Bila orang macam saya ini godam, baru orang sedar. Sistem sekarang ini juga macam itu, sebenarnya ‘cucu’ sahaja kepada sistem yang terdahulu.”

‘Cucu’ kepada sistem dahulu

“Yang ada sekarang ini adalah ‘cucu’ kepada sistem dahulu, sebab itu contohnya Windows ada versi 2.0, 3.0 dan 2000 misalnya. Semua sama sahaja. Saya beritahu, sekarang lagi senang nak godam. Kamu bagi saya laptop sekarang, besok saya boleh pindahkan wang. Nak buat atau tak sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi hasil pemerhatian yang dilakukannya, dia mendapati sistem keselamatan bank yang diguna pakai masih terdapat sekurang-kurangnya 20 peratus kelemahan dengan kesilapan utama adalah demi penjimatan kos dengan membangunkan sistem keselamatan yang kurang optima.

“Bank-bank pakai apa sekarang? Firewall? Saya perasan sesetengah bank di Malaysia sekarang, kesilapan paling ketara, banyak program dalam itu mereka nak jimat kos. Mereka guna open source sahaja, bermakna ia kurang selamat,” katanya sewaktu diminta mengulas mengenai wujudnya aduan kehilangan wang di dalam bank sedangkan mereka tidak melakukan sebarang transaksi.

Selain itu Aman turut menekankan bahawa urusan membangun keselamatan sistem perbankan sepatunya dilaksanakan oleh Pakar IT yang mempunyai kelayakan dan merit.

Namun di Malaysia menurutnya diserahkan kepada kroni yang tidak layak.

“Di Malaysia ini, maaf cakap, ia bukan tentang merit. Orang yang membangunkan sistem keselamatan perbankan pun, ada kait dengan pihak atasan. Jadi kamu tiada merit untuk bangunkan sistem itu. Benda ini sampai sekarang berlaku.”

“Kalau kamu dedahkan maklumat bahawa sistem itu tak selamat, saya rasa semua orang akan keluarkan duit dari bank masing-masing. Depositor akan lari dan kesannya, musnah ekonomi,” katanya lagi menerusi Artikel Sistem bank Malaysia tidak selamat.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL