spot_img

‘Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’, Kehilangan Ayah Dan Punca Rezeki Dalam Satu Masa

- Advertisement -

SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itulah peribahasa yang sesuai untuk mengambarkan situasi yang dihadapi oleh keluarga Nadia.

Bukan itu sahaja, pemergian ayah yang tercinta akibat jangkitan Covid-19 juga menjadi satu tamparan yang hebat buat ibu dan anak-anak ini.

Bahkan mereka juga dikatakan hilang punca pendapatan setelah kedai yang didirikan selama 22 tahun diarahkan roboh oleh Majlis Perbandaran Klang (Klang).

- Advertisement -

Berkongsi kesedihannya itu, Nadia yang juga merupakan anak sulung daripada lima beradik itu telah memuatnaik satu video di aplikasi TikToknya.

Dalam postingnya pada kali itu, beliau menyatakan pada 20.8.2021 mereka sekeluarga telah mendapat surat kedai terpaksa dirobohkan. Namun, apa yang menyedihkan lagi tarikh tersebut juga merupakan tarikh ayah mereka meninggal dunia.

Nadia bagaimanapun reda dan cuma mampu berserah kepada Allah diatas segala ujian yang diberikan. Namun, dia agak sedikit terkilan apabila kedai yang diberi nama ‘IbuCafe’ yang diusahakan oleh ibu dan arwah ayahnya bermula dari tahun 1999 sehingga tahun ini terpaksa dirobohkan.

- Advertisement -

Ia seolah-olah merentap kesemua kenangan hidup mereka ketika mengusahakan kedai tersebut dalam sekelip mata.

Bukan itu sahaja, disebabkan Covid19 yang melanda juga, sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan sekeluarga mereka. Apatah lagi, sumber rezeki pula ‘hilang’ begitu sahaja.

- Advertisement -

“Saya cuma terkilan sebab kedai tu ibu dan arwah ayah yang usahakan sama-sama dari tahun 1999.

“Bila ayah dah tiada, kedai pun dah tiada. Hilang semua kenangan kami.”

Ikuti video lanjut dibawah:

@gurlgurlz_boboySemoga dipermudahkan segala urusan kami🤲🏻🤲🏻 ya allah kau kuatkan la hati ibu kami & ahli keluarga kami ##fypsounds ##fyp ##ibucafedalamkenangan♬ original sound – REZTU SINGGIH

Menurut anak sulung itu juga, dia menyatakan bahawa arwah ayahnya yang banyak mengusahakan kedai makan tersebut. Manakala dia sebagai anak banyak memberikan idea dari segi masakan dan menu-menu baru.

Apabila ditanya mengenai arwah ayahnya, dia memberitahu pada awal bulan Ogos lepas, ibu kepada Nadia iaitu Salbiah, 60 tahun telah dikuarantinkan susulan keputusan Covid-19 adalah positif. Tidak lama kemudian, Nadia dengan ayahnya pula disahkan positif.

Bagaimanapun kesihatan ayahnya menjadi sedikit teruk dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 20 Ogos lalu jam 3 pagi. Turut dimaklumkan, pada hari yang sama keluarga mereka juga menerima notis mengenai perobohan kedai mereka.

@gurlgurlz_boboyTenang la ayah di taman syurga allah😭😭##covidfigther

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Difahamkan juga, kedai makan mereka terletak di Persiaran Sungai Keramat sebelum itu, menjual pelbagai jenis lauk pauk untuk pelanggan setempat dan merupakan punca utama bagi keluarga mereka. Sementara itu, mengikut Nadia, mereka masih lagi mengusahakan perniagaan namun secara Online sahaja.

Ditanya juga perancangan selepas ini, Nadia menyatakan mereka akan usahakan untuk membangunkan sebuah cafe yang berkonsepkan ‘kontena’ di kawasan yang berhampiran.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL