spot_img

Tragedi Ikan Kurau, 5 Beradik Maut

- Advertisement -

KEHILANGAN orang yang dicintai sudah pasti amat menyedihkan. Apatah lagi apabila ia melibatkan kanak-kanak kecil. Namun takdir Allah tiada siapa dapat menduga kerana ajal dan maut itu sudah ditetapkan.

Diceritakan pada tahun 1974, terdapat satu kejadian dimana lima beradik meninggal dunia secara serentak setelah memakan hidangan asam pedas telur ikan kurau. Kisah ini cukup menggemparkan negara sehingga ada yang menjadikan kisah ini sebagai tajuk utama akhbar pada ketika itu.

Telur 1

Tragedi Ikan Kurau Bermula

- Advertisement -

Pada tahun 1974, lima adik beradik dari sebuah keluarga telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Dipercayai kelima-lima adik beradik tersebut telah mengalami keracunan makanan setelah menikmati hidangan asam ikan kurau pada waktu tengah hari.

Kisahnya bermula apabila si ayah telah ke pasar untuk membeli ikan kurau untuk dijadikan menu makan tengah hari untuk keluarganya. Dia kemudiannya membawa pulang ke rumah dan telur ikan kurau itu dimasak asam pedas oleh isterinya. Cukup waktu pulang sekolah, anak-anaknya yang kelaparan terus memakan masakan itu bersama ayahnya.

Hati ayah sudah pasti gembira apabila melihat anak-anaknya makan dengan penuh selera. Namun, semasa memakan hidangan tersebut, ayah mereka yang bernama En Kasim secara tiba-tiba merasa kebas dibahagian lidahnya. Dia tidak menunggu waktu yang lama, dia kemudiannya terus meminum air kelapa muda untuk dijadikan sebagai penawar bagi sebarang keracunan makanan. Mujurlah, ayah kepada lima beradik ini berjaya diselamatkan setelah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

- Advertisement -

Ayahnya iaitu Kasim Alauddin yang berusia 39 tahun pada ketika itu merupakan seorang penjual daging bersama isterinya Fatimah Hussein dan tiga lagi anak mereka juga dirawat di hospital yang sama. Namun begitu, difahamkan anak bongsu mereka yang dikenali sebagai Makmur yang berusia 5 bulan pada ketika itu, tidak berada di rumah semasa kejadian. Hal itu dikatakan, pada ketika itu Makmur dijaga oleh saudara yang tinggal berhampiran yang juga dikenali sebagai Kassim.

Sebelum tragedi berlaku, ibu mangsa juga ada memberikan asam pedas ikan kurau itu kepada ibu saudaranya. Berikutan itu, ibu saudara mangsa yang dikenali sebagai Maimunah Binti Ahmad 54 tahun yang juga ibu kepada En Kassim, juga mengalami keracunan makanan telur ikan kurau tersebut.

Bukan itu sahaja, ibu saudara Kassim iaitu Fatimah Binti Ahmad yang ketika itu berusia 25 tahun dan anak-anak saudaranya Rokiah Jantan berusia 15 tahun serta Jamaliah Jantan 19 tahun juga dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Bagaimana pun keempat-empat mereka tidak begitu serius dan dalam keadaan stabil.

Kematian 5  beradik 

- Advertisement -

Berbalik kepada kisah lima beradik ini, kisah tragis kematian bermula dengan mangsa pertama yang dikenali sebagai Norasyikin yang berusia pada 3 tahun. Norasyikin difahamkan telah meninggal dunia setelah beberapa minit memakan asam pedas telur ikan kurau itu. Mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya.

Seterusnya, kematian kedua menyusul dengan mangsa kedua yang dikenali sebagai Hijrah yang berusia 4 tahun. Mangsa dikatakan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital. Kemudian, berita sedih itu terus berlarutan apabila dilaporkan pula Rohana yang berusia 6 tahun dan Noraini berusia 11 tahun meninggal dunia pada lewat malam. Manakala abang mereka Mohd Syukur menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi 1 Disember 1974.

23915719 1577280209031170 2604237326027182379 N

Selain itu, turut dilaporkan semasa kejadian, pihak hospital juga mengesahkan dua mangsa lagi pada ketika itu berada dalam keadaan yang kritikal.

kelima-lima adik beradik itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang Melaka pada 1 Disember 1974.

Pada pagi 2 Disember 1974 OCPD Melaka Supritendan Baharuddin Bin Nasir dan pegawai kesihatan bandaran, Dr. K Dharmaratham telah melawat ke pasar tersebut. Lawatan itu dikatakan untuk melihat dan menyiasat keadaan serta kemungkinan faktor-faktor yang menyebabkan tragedi tersebut.

Setelah siasatan dilakukan, beliau dengan tegasnya mengarahkan penjualan ikan kurau diberhentikan serta merta bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Polis Melaka, Ibrahim Hamzah mengatakan sampel ikan kurau di pasar itu telah diambil bagi tujuan kajian penyelidikan pihak forensik.

Siasatan awal mendapati, berkemungkinan ikan yang dijual itu bukan ikan kurau akan tetapi ikan buntal.

47 Tahun Berlalu

Setelah 47 tahun berlalu, kisah ini masih menjadi sejarah titik hitam didalam hidup Makmur yang pada ketika itu baru berusia 5 bulan. Makmur merupakan adik paling bongsu didalam keluarga tersebut tidak menyangka 5 adik beradiknya telah dijemput Illahi setelah menyantap hidangan telur ikan kurau.

Telur 2

Dia menyatakan, dia kurang mengingati kejadian tersebut kerana dia masih kecil tetapi sejarah itu tidak akan pernah terpadam dalam hidupnya.

“Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia lima bulan.  Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.

“Kejadian itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali.  Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya.

Menurut Makmur juga, selepas kehilangan lima orang anak, Allah gantikan mereka dengan lima adik beradik lagi yang lahir selepas itu sebagai pengubat kesedihan kedua-dua ibu bapanya.

“Selepas ayah kehilangan lima orang anak, Allah gantikan mereka dengan lima adik-beradik lagi yang lahir selepas itu,  sebagai pengubat kesedihan kedua ibu bapa kami,” katanya.

Menurutnya, selain lima adik-beradik yang meninggal dunia itu, tiga lagi masih hidup kerana tidak ada masa kejadian iaitu Zakaria, kini berusia 55 tahun yang merupakan abang sulung, Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.

Katanya, selepas kejadian itu, Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33,  Norhafizah, 32, dan Murni, 31, pula lahir.

“Enam orang adik-beradik kami masih menetap di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.

“Bagaimanapun ayah sudah meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Emak pula sudah uzur dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL