spot_img

Kisah Benar Dan Seram Animasi Dora The Explorer

- Advertisement -

ANIMASI Dora The Explorer ini merupakan satu siri animasi television kanak-kanak yang paling lama disiarkan. Episod pertamanya disiarkan sekitar tahun 1999 di siaran Nickelodeon. Sesiapa yang lahir pada tahun ini pasti akan mengingati animasi ini. Malah pada tahun 2019 animasi ini telah diadaptasikan menjadi sebuah filem !

Umum mengetahui, Dora merupakan watak utama yang sama di dalam siri ini. Dia merupakan seorang gadis kecil yang baik hati dan suka menjelajah di dalam hutan. Dia juga mempunyai teman baiknya iaitu seekor monyet yang diberi nama sebagai Boots.

- Advertisement -

Selain Boots, Dora juga mempunya peta yang disimpan di dalam begnya yang berwarna ungu dan boleh bercakap. Siri penjelajahan mereka banyak dibimbing oleh peta tersebut. Namun, tidak dilupakan juga musang yang sering menganggu mereka yang bernama Swiper.

Namun, disebalik keceriaan, telatahnya serta persoalan yang selalu ditanyakan oleh Dora, timbul pelbagai versi mengenai kisah disebalik animasi ini. Ramai yang mendakwa bahawa watak Dora didalam animasi tersebut sebenarnya berada di dunia yang nyata!

Jom ikuti cerita lanjut mengenainya.

- Advertisement -

Seorang pengguna aplikasi TikTok telah menceritakan kisah disebalik Dora The Explorer yang agak menyeramkan dan telah meraih sebanyak 897.1k tontonan.

Menurut @shhrulazmi, animasi Dora The Explorer sebenarnya diambil dari kisah yang benar. Nama asal watak kartun Dora sebenarnya nama yang diambil dari seorang kanak-kanak yang bernama Dora. Dora difahamkan sangat sukakan pengembaraan dan sangat suka masuk ke dalam hutan untuk bermain.

Tambahnya lagi, kanak-kanak yang bernama Dora ini sebenarnya juga berasal daripada sebuah kampung. Manakala ibu bapanya pula sibuk berkerja dan tidak mempunyai masa untuk menemaninya bermain.

- Advertisement -

Pada suatu hari, Dora bersama binatang peliharaannya telah pergi ke hutan untuk bermain, namun setelah waktu malam Dora bersama Boost dikatakan sesat didalam hutan. Disebabkan Dora belum pulang ke rumah, ibu bapanya mula merasa risau mengenai keadaan Dora pada ketika itu.

Dalam masa yang sama, ibu bapanya meminta jiran-jiran sekampung mereka untuk turut serta mencari Dora yang hilang didalam hutan. Namun, pencarian mereka dikatakan gagal pada ketika itu.

Akan tetapi, tidak lama selepas itu, diberitahu lagi ada beberapa orang yang kononnya telah mendengar jeritan Dora. Kemudian mereka cuba untuk mencari jeritan suara tersebut.

Namun malangnya, apabila mereka menemui Dora dan juga Boost, keadaan mereka pada waktu itu sangat kritikal akibat diserang oleh musang liar yang dinamakan Swiper didalam animasi tersebut. Apa yang lebih menyedihkan, Dora dan Boost telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Disebabkan hal itu, ibu kepada Dora telah membuat satu buku untuk melepaskan kerinduan dan memperingati anaknya iaitu Dora. Maka daripada itulah terhasilnya animasi tersebut.

Lihat video penuh dibawah:

@shhrulazmiReply to @_boss.night_ Patutlah Dora Suka Bertanya, Inilah Sebabnyaa🥺 ##education ##tiktokguru ##pengetahuanbaru ##learnontiktok ##doratheexplorer

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL