spot_img

Netizen Dakwa Squid Game Tiru Filem Jepun As The Gods Will

- Advertisement -

SIRI yang sedang hit di Netflix, Squid Game sudah mula menerima kritikan daripada penonton yang mendakwa siri tersebut meniru konsep sebuah filem Jepun tahun 2014, As The Gods Will.

Seorang netizen mendakwa permainan pertama dalam Squid Game, Red Light, Green Light meniru secara terus salah satu adegan yang ada dalam As The Gods Will. Apatah lagi dengan penggunaan patung, tema countdown, dan kedudukan kamera dalam adegan tersebut yang sangat mirip.

- Advertisement -

Red Light, Green Light merupakan salah satu permainan kanak-kanak yang popular di Korea Selatan dan begitu juga permainan-permaiann lain yang muncul dalam siri ini. Ada juga beberapa permainan dalam filem ini yang mirip permainan kanak-kanak di Malaysia seperti galah panjang dan guli.

Tidak terhenti di situ, adegan permainan tarik tali dalam siri ini turut dikatakan meniru satu segmen komedi Korea. Anda boleh melihat karya originalnya pada video di bawah.

Karya Squid Game ditulis sejak 13 Tahun yang lalu

- Advertisement -

Adalah tidak adil untuk menuduh pengarah Squid Game, Hwang Dong Hyuk meniru filem dari tahun 2014 kerana beliau sudah menulis konsep dan jalan cerita Squid game sejak tahun 2018 lagi dan permainan pertamanya dalam siri tersebut adalah Red Light, Green Light sejak dari mula lagi.

“Ia mungkin mirip tetapi adegan tersebut bukan sama secara keseluruhannya. Saya telah mula hasilkan Squid Game pada tahun 2008 dan 2009. Memang ramai yang akan claim kesamaan siri ini dengan karya mereka. Tetapi apa yang saya boleh cakap, saya hasilkannya dahulu,” kata Hwang.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Siri Television Yang Hampir Sama Dengan ‘Squid Game’ – Aku Papan Kekunci

- Advertisement -

Konsep siri survival ini sebenarnya sudah dihasilkan secara meluas dan siri hebat Netflix sebelum ini, Alice In Borderland juga hadir dengan konsep yang sama. Begitu juga dengan karya-karya hebat sebelum ini seperti Battle Royale, Hunger Games dan banyak lagi.

Menurut Cosmopolitan, Hwang sebenarnya mempunyai kesulitan untuk menghasilkan Squid Game di awal tahun 2000 kerana kesukaran mencari pelabur kerana jalan ceritanya yang brutal dan konsep siri itu yang masih belum popular.

Terima kasih kepada Netflix, beliau diberi kebebasan dan kreativiti untuk hasilkan Squid Game mengikut apa yang dirancangnya sejak 2008.

Buat anda yang belum menontonnya, siri Squid Game ini mengisahkan sekumpulan individu yang secara rela menyertai satu pertandingan kerana desakan hidup.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah 45.6 bilion Won (sekitar RM160 juta ringgit) tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah nyawa mereka menjadi taruhan sebelum bergelar juara.

Official Trailer Squid Game

Sedutan Filem As A God Will

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL