spot_img

Lori Terbabas Depan Mata, Pemandu Dipercayai Memandu Dalam Pengaruh Syabu

- Advertisement -

PADA petang semalam, satu rakaman dashcam daripada seorang penunggang motosikal tular dan menjadi perbualan orang ramai apabila lelaki tersebut bernasib baik sempat menghentikan motosikalnya daripada melanggar sebuah lori secara tiba-tiba terbabas di hadapannya.

Video yang berdurasi hampir 3 minit itu telah meraih lebih puluhan ribu tontonan dan ribuan komen daripada seluruh pengguna media sosial. Ternyata orang ramai berasa seram sejuk melihat insiden terbabit yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, lori tersebut dalam perjalanan ke Subang dan pemandu lori berusia 33 tahun itu kemudian telah hilang kawalan secara tiba-tiba yang dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

- Advertisement -

“Selang beberapa minit, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori tersebut.”

“Ujian saringan air kencing pemandu lori itu didapati positif methaphetamine,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol.

- Advertisement -

Tambah beliau lagi, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan trafik pula, kes ini disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, Allah masih sayang dan beri peluang. Kejadian pagi ni Sebelum exit Shah Alam. Macam nk tecabut jantung atok menekan brek moto ha. Hati2 semua dijalan raya.” – Bakti Kebokta

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL