spot_img

Kerana Nombor Pada Kad Squid Game Asli, Pemilik “Stress” Terima Lebih 4,000 Panggilan Setiap Hari

- Advertisement -

SQUID Game kini menjadi fenomena di seluruh dunia. Drama yang mengisahkan tentang mereka yang mempunyai masalah kewangan diundang oleh lelaki misteri untuk bermain permainan dengan menawarkan hadiah yang lumayan.

Lelaki misteri itu memberikan kad dengan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya sasarannya bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Kerana keadaan hidup yang memburuk, kebanyakan daripada mereka bersetuju untuk bermain demi memperoleh 45.6 bilion won.

Bagaimanapun, siapa sangka, siri drama Squid Game yang ditayangkan di Netflix ini akan mempengaruhi kehidupan seseorang dalam kehidupan nyata kerana nombor telefon di kad yang ditawarkan oleh lelaki misteri dalam siri itu sebenarnya asli dan didaftarkan atas nama seseorang.

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Siri Television Yang Hampir Sama Dengan ‘Squid Game’ – Aku Papan Kekunci

Hasilnya, pemilik asli nombor telefon terbabit menerima banyak mesej dan panggilan telefon, “Setelah Squid Game ditayangkan, saya telah menerima panggilan dan SMS tanpa henti, 24/7, sehingga sukar bagi saya untuk meneruskan kehidupan seharian,” kata pemilik nombor yang dipetik dari laman The Korea Herald.

- Advertisement -

Dia ada terfikir mahu menukar nombor telefon, tetapi nombor tersebut sudah digunakan selama lebih 10 tahun. Ini membuatkan dia ragu walaupun sudah menerima lebih 4,000 panggilan setiap hari.

Difahamkan, pasukan produksi hanya membuang tiga digit pertama dari keseluruhan nombor telefon tersebut. Jadi, penonton dapat menghubungi nombor dengan mudah menggunakan kod kawasan. Untuk Kota Seoul, Korea Selatan, kod kawasannya adalah 010.

Pihak Netflix sudah pun menghubungi lelaki tersebut dan meminta pihak produksi untuk menyelesaikan isu terbabit. Today Online melaporkan bahawa jika Netflix gagal mencari jalan penyelesaian, syarikat terbabit boleh didenda sebanyak 50 juta won.

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Squid Game Tiru Filem Jepun As The Gods Will – Aku Papan Kekunci

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL