spot_img

Lelaki Ini Kongsi Kos Sara Hidup Di Brunei Darussalam

- Advertisement -

SEPERTI yang kita tahu negara Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang kecil dan terletak di sebelah utara Pulau Borneo. Bahkan negara tersebut juga sangat kaya dengan sumber gas dan minyak mentah.

Difahamkan, saluran Media Massa di Brunei juga sangat memihak kepada kerajaan. Bukan itu sahaja, negara ini juga mendapat julukan nama ‘Negara Tidak Bebas’ daripada organisasi antarabangsa iaitu Freedom House.

- Advertisement -

Malah negara ini juga diantara yang menguatkuasakan hukuman hudud bermula tahun 2013 sehinggalah sekarang.

Tapi bagaimanakah kos sara hidup di negara Brunei ? Adakah lebih tinggi mahupun rendah berbanding Malaysia ?

Jom kita ikuti perkongsian yang diberikan oleh salah seorang pengguna Facebook ini yang bernama Ching Foo.

- Advertisement -

Pemuda ini menceritakan taraf sara hidup dan kos-kos yang perlu ditanggung sendiri semasa beliau berada di Brunei Darussalam. Difahamkan juga, kos-kos sara hidup adalah dari pengalaman beliau sendiri.

Tulisnya, beliau berada di Brunei atas urusan pekerjaan dan dari pengamatan beliau ini yang menarik mengenai ks sara hidup di Brunei !

  1. Kos sara hidup yang rendah dan murah (minyak murah, elektrik dan sebagainya)
  2. Tiada pasaran saham tempatan yang diniagakan
  3. Boleh bertahan dengan B$1,000 (RM3098) di Brunei. Saya rasa ini macam analogi jika anda kumpul SGD tetapi tinggal di Taiping.
  4. Bayaran sewa kediaman yang murah dan harga hartanah yang tidak membebankan rakyatnya.
  5. Perbankan antarabangsa seperti HSBC akan keluar dari Brunei tidak lama lagi kerana mereka tidak mampu bersaing dengan bank tempatan yang ditaja oleh sultan yang mana menawarkan kadar faedah yang sangat rendah apabila membuat pinjaman.
  6. Bekerja pada jam 10 pagi itu adalah perkara yang normal disana. Ya, anda juga boleh mengatakan produktiviti mereka rendah dan perlahan. Jika prestasi anda lebih sedikit anda mungkin boleh hidup senang.
  7. Kubah masjid disini dibuat menggunakan emas tulen dan saya sendiri sudah melihatnya.
  8. Ramai warga Bangladesh dan mereka amat memahami. Maksud saya, kalaulah saya tahu dari dulu saya akan memilih untuk bekerja di Brunei berbanding di Malaysia.
  9.  Orang Sarawak yang biasa bekerja di Brunei, tiada masalah untuk mereka jika ingin menghantar anak belajar di UK.
  10. Tak perlu kunci kereta. Kalau mahu tinggalkan kunci dalam kereta pun tidak mengapa kerana tiada orang yang akan mencurinya. Kenapa? Sebab hukum hudud. Jika didapati bersalah mencuri, jari akan dipotong.
  11. Jika anda bujang, jangan memandu dengan penumpang disebelah yang juga adalah wanita bujang kerana anda akan ditangkap sebagai berkhalwat. Jika ditangkap, anda akan dipaksa untuk berkahwin dengan wanita terbabit. Dengan cara ini, hukuman bagi zina adalah rejam sampai mati dan ia merupakan hukuman hudud.
- Advertisement -

 

Selain itu juga gaji permulaan bagi pemegang Ijazah Sarjana Mudah adalah sekitar BRU$600 (RM 1858) – gaji pokok dibahagian sektor awam.

Pinjaman perumahan maksimum adalah BRU$300k (RM929,362) tanpa faedah untuk sektor awam. Setiap rakyat Brunei pula diberikan pilihan sama ada mahu sebidang tanah atau sebuah rumah yang telah siap (projek perumahan rakyat) dan semua rakyat Brunei layak memohonnya.

Manakala jika seseorang memiliki sebidang tanah percuma yang diberikan oleh kerajaan Brunei, maka individu tersebut wajib mendirikan sebuah rumah diatas tanah tersebut dalam tempoh dua tahun. Itu merupakan syarat yang diberikan oleh pihak kerajaan Brunei.

Namun, jika anda gagal untuk mendirikan rumah dalam tempoh yang diberikan iaitu dua tahun, maka kerajaan akan mengambil semula tanah tersebut.

Turut dikongsikan bagi penjawat awam pula, mereka akan tinggal di kuaters kerajaan dan tidak dikenakan sebarang bayaran malah ia adalah percuma. Bukan itu sahaja, kuaters kerajaan pula lengkap dengan pemanas air seperti dalam bilik hotel dan mempunyai lima buah bilik yang dilengkapi dengan bilik air di setiap bilik masing-masing. Bukan itu sahaja, lengkap juga dengan peralatan seperti penghawa dingin, peti ais dan mesin basuh.

Tambahnya lagi, sistem pembuangan sampah pula akan terus dari dapur (disediakan lubang campak sampah terus ke bawah), manakala lori bandaran akan datang untuk menyelenggara sampah sarap tersebut.

Apa yang menariknya lagi, tidak ada satu pun kelab malam, kelab arak di negara Brunei ! Semuanya mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Islam. Hebat bukan ?

Dari segi ekonomi pula, walaupun ia sebuah negara yang kecil berbanding Malaysia, namun, pengeluaran minyak mentah dan gas asli mampu menampung keseluruhan rakyat mereka. Malah, kerajaan juga menyediakan perkhidmatan perubatan serta memberikan subsidi beras dan isi rumah kepada rakyat mereka.

Kecil tapi cili padi betul negara ini ! Sesiapa yang sedang dalam perancang untuk bekerja diluar negara, bolehlah menimbang tara semula keputusan dengan menjadikan Brunei juga sebagai salah satu pilihan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL