spot_img

Wanita Kongsi Realiti Sebenar Langkawi Selepas Dibuka Kembali

- Advertisement -

SEDIA maklum, sejak 16 September yang lalu Langkawi telah dibuka kembali kepada pelancong. Kerajaan telah membenarkan pelancong dari negeri-negeri lain untuk melancong dengan beberapa syarat tertentu.

Kecoh di media sosial mengatakan Langakawi mulai ‘padat’ dengan pelancong tetapi realiti sebenar sebaliknya. Terbaharu, seorang pengguna Facebook Sabarina Yaacob yang bercuti ke Langkawi pada 18 September yang lalu telah berkongsi keadaan sebenar Langkawi.

Menerusi perkongsiannya, Langkawi tidaklah padat seperti diwar-warkan dan tidak semeriah dulu. Bukan itu sahaja, para penduduk tempatan juga kehilangan banyak sumber pendapatan kerana kurangnya kedatangan pelancong.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, dapat dilihat suasana di Langkawi yang sunyi dan ‘kosong’ tanpa kehadiran pelancong. Para penggiat pelancongan seperti pemandu teksi, pemandu bot dan sebagainya turut dilihat tidak sibuk seperti kebiasaanya.

Perkongsian terbabit mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa simpati serta berharap mereka yang berkemampuan akan melancong ke Langkawi untuk menghidupkan kembali pulau tersebut.

- Advertisement -

Buat anda yang melancong ke Langkawi ataupun destinasi lain yang bakal dibenarkan kerajaan tidak lama, pastikan anda patuhi SOP agar tiada penularan wabak COVID-19.

Mari ikuti perkongsian penuh dari Sabarina Yaacob yang ditulis di akaun Facebooknya.

“Waktu saya up nak ke langkawi.. ramai yang kecam.. sekecam kejamnya, ada yg kata blik nnti dia akn gali kubur kat saya.. ada yg kata bodo bingai, sampai terpaksa delete pos tu.”

- Advertisement -

“18/9/21. Bertolak ke langkawi dengan AirAsia dr penang. sampai sana nak ambek grab.. tetiba tengok pk cik tua tala mai.. offer.. cik.. naik dengan saya.. saya bg stgh harga dr grab.. cik somi terus setuju.. bukan kerana lebih murah.. tp kerana muka pak cik tu..”

“Dlm keta.. sembang2.. dia cerita.. Pak cik tunggu2 langkawi bukak. pkp ni.. kami yg keja mcm ni..”teruk” sangat.. klu tak dibantu.. bendera putih turun naik saja.. Bila kerajaan kata Langkawi nak bukak.. pk cik.. sujud syukur.. seronok macam nak raya”

“Malam… Keluar jalan kaki nak pi makan… tengok.. Ya Allah.. berderet kedai “bungkuih”. chalet dan hotel kelam gelemat.. kosong, usang terbiar.. hati jadi sebak.. tereyak tak berasa..”

“Tengah jalan.. sorg abg offer keta sewa.. ambekla…. sewa sehari RM80.. uisshhh. mahai.. kami nak mutu ja. Sembang2.. akhirnya.. dia kata.. ambekla abg.. RM80.. naik la dari la.. sampai abg balik…. nk ke airport nnti pon saya hntaq.”

“Saya pasti.. kalau saya langkah tiga langkah lagi.. RM50 pon dia bg.. kesian rasa hati. Jadi naikla kami keta comel Alto sepanjang dok sana.. syukur.. kalau naik mutu.. haruss lokoeh.. hujan manjang”

“Siangnya.. berjalan2.. Tekejut yang sesungguhnya.. Langkawi tak seperti saya tengok dlm fb dan berita2 viral.. katanya.. bersesak2.. padat.. PEMUHUNG PAIT semua tu sepanjang kat sana.. tak dak sekali pon beretuh bau dengan sapa2..”

“Sepanjang jalan lengang.. selisih keta pon sekali sekala.. teringat abg keta semalam cerita.. masa pkp langkawi sunyi sepi.. macam pulau zombie… jalan tak dak sapa lalu.. buleh tidoq bangkit.. tidoq balik.. pon tak dak org lalu lagi. Jalan2 kat pantai.. hanya kami.. dan kami… ada bbrp orang bandaran sapu sampah.. dan sorg dua penduduk tempatan.”

“Bergerak ke Mall nak cari coklat.. hanya ada bbrapa kedai bukak.. contoh Watson, body shop.. saja bukak.. yang lain… kosong sebolog segara. Coklat jugak sangat murah.. lelong saja yang mana sebulan dua lg nak sepayed.. saya beli serba cikit.. sebab yakin dan pasti.. beli balik.. tak dan 3 hari cerah..”

“Yang shoping banyak.. biscoff dan nutella. tu pon dari kuah sampai chenang.. satu kedai ja ada biscoff.. kat warisan.. hat ni jangan risau.. bukan hat dekat sepayed na.. fresh2 gitu… sebab.. Biscoff memang laku keras.. pi la mana2 bakery kat sp.. memang selalu habis.. berebut begomoi nak dapat pon.”

“20/9/21. Sepatutnya kami naik flight pukul 5.30ptg.. sampai airport pukul 3.. tot2 pekerja AirAsia kata.. kakkk. kami dah hantar email.. flight tukar.. bertolak awal.. 1.30 td.. kak tak tengok email ka..”

“Aduhaiii Ceq oiii.. mak cik ni mai bercuti.. bercanda di pasiran pantai.. mana la nak perasan kalau ceq hantaq kat email.. wasap ka call buleh gagah. Jadinya.. tanpa dirancang.. semalam lagi di Langkawi. yehhhuuuu.”

“Tapi.. Saya nak tekankan.. pelancongan ke Langkawi dibuka.. hanyalah sekelumit usaha hidupkan ekonomi.. disamping bg cikit kelonggaran pada rakyat merasai kebebasan dan menenangkan jiwa.. kalau rasa takut.. tak mau keluaq mana2.. dudukla berkurung dalam rumah buang 2 atau 3 taun lagi.. tak dak sapa marah.”

“Dan pelancongan dibuka bukan kerana kita sudah selamat.. Tapi.. Kerana ekonomi tenat… Jaga diri .. jaga sop walau kat mana pon kita”

Facebook Sabarina Yaacob

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL