spot_img

Honda Buat Hal Lagi, Rempuh Palang Tol Mahu Lalu Secara Percuma

- Advertisement -

SEBUT sahaja jenama Honda, pasti orang ramai terbayangkan kisah-kisah “perangai” pelik dan aneh pemandu-pemandu kereta jenama Jepun tersebut. Sebelum ini seorang pengguna jalan raya berjaya menghentikan sebuah Honda City daripada mendapat tol percuma.

Pada pagi tadi pula seorang pengguna Plaza Tol Semenyih terkejut dan mendakwa sebuah Honda HR-V meluru laju mengikuti belakangnya kerana tidak mahu membayar tol di laluan tersebut.

Lebih memeranjatkan lagi apabila kita dapat lihat pemandu Honda tersebut nekad merempuh palang tol terbabit walaupun palang tersebut sudah mula turun untuk menutup laluan.

- Advertisement -

Video dashcam yang merakam kejadian terbabit pada pukul 9.00 pagi tadi telah menyebabkan orang ramai mengecam tindakan pemandu itu yang hampir-hampir melanggar kereta di hadapannya.

Kejadian seperti kerap kali berlaku dan terakam pada dashcam sejak-sejak hari ini. Tidak dapat dipastikan apa penyebab semakin ramai pengguna jalan raya semakin nekad untuk mengelak membayar tol saban hari.

Diharapkan agar pihak-pihak konsesi tol dapat tampil memberikan jalan penyelesaian serta keadilan buat pihak membayar tol dan pihak mengelak bayar tol.

Reaksi warga maya

- Advertisement -

“Majority muda2 yg pakai H dgn T ni mana ader duit sgt sebenarnya … Gaji bulan2 60 – 80% abis kat keta … Umah simpan Maggi, sosej & telur je …Tapi klo drive kat jalan lama xder class pulak … naik highway baru kelas walaupun xmampu bayar tol.” – Shafeez Jamaludin

“Kami cuma ada kereta buatan tempatan yg berusia 8 thn je.. tu jenis paling murah.
Walaupun pendapatan isi rumah kami mampu jauh lebih mewah. Tp kami mampu byr tol.. mampu mkn sedap2 tanpa perlu membelek2 wallet.. nk beli pape kat shopee terus masuk cart and proceed beli terus. Bior org luar nampak miskin, yg penting kita xjadi hamba kepada kemewahan utk di showoff kepada org ramai.” – AR AZ

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL