spot_img

Penunggang Basikal Buat Hal Lagi, Kali Ini Kayuh Di Lorong Tengah

- Advertisement -

SEJAK kebelakangan ini orang ramai kembali menyuarakan ketidakselesaan dengan segelintir penunggang basikal yang kembali “membahayakan” diri mereka sendiri termasuklah pengguna jalan raya yang lain.

Pada petang semalam salah seorang pemandu kereta di kawasan Putrajaya berkongsi satu ciapan video dashcam menunjukkan ada dua orang penunggang basikal menggunakan jalan raya utama untuk melakukan aktiviti terbabit sehingga kenderaan lain terpaksa “lebih berhati-hati” bagi menjaga keselamatan semua pihak.

Menurut pemilik ciapan itu lagi, di awal rakaman video dashcam kita dapat lihat lelaki ini terpaksa “himpit” kenderaan lain di sebelah kiri untuk beri laluan kepada kedua-dua penunggang basikal yang berada di bahagian kanan jalan.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, laluan untuk aktiviti berbasikal di beberapa kawasan di Putrajaya sudahpun disediakan oleh Perbadanan Putrajaya. Namun kedua-duanya masih berdegil serta mengambil risiko untuk mengayuh basikal di tengah-tengah jalan.

Pada masa yang sama lelaki ini turut menyatakan pada akhir tahun lalu, ada seorang penunggang wanita maut setelah hilang kawalan lalu bergesel dan dilenyek sebuah lori semasa berbasikal di kawasan Putrajaya.

Rata-rata orang ramai “menarik nafas panjang” setelah melihat video terbabit. Mereka cukup risau melihat penunggang-penunggang basikal ini sanggup mengabaikan keselamatan sendiri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.

- Advertisement -

Menurut netizen lagi, kawasan Putrajaya kini semakin “dibanjiri” oleh penunggang-penunggang basikal setelah tempat tersebut sudah bertukar ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan sudah letih untuk bersabar apabila terpaksa “berkongsi” jalan raya dengan mereka.

Jika ada sebahagian daripada pembaca yang mempunyai niat untuk berbasikal di Putrajaya, bolehlah gunakan trek basikal yang telah disiapkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya.

Biarlah penunggang-penunggang basikal lain kata anda tidak cool dan thrill kerana menggunakan trek basikal, sekurang-kurangnya anda telah selamatkan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL