spot_img

Hampir 4 Juta Data Rakyat Malaysia Bersaiz 31.8GB Terdedah, Diiklankan Dengan Harga Sekitar RM35.5K

- Advertisement -

MAKLUMAT peribadi merupakan perkara yang dirahsiakan oleh semua orang lebih-lebih lagi daripada orang yang tidak dikenali. Namun, dengan kemajuan teknologi pada hari ini pejenayah siber juga berkebolehan mencuri maklumat seseorang tanpa pengetahuan mereka.

Menerusi laman Lowyat, pangkalan data yang dimiliki oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah disenaraikan untuk penjualan di sebuah laman forum. Sebanyak 4 juta data peribadi rakyat Malaysia yang disyaki telah terbabit pada kali ini. Harga yang ditawarkan bagi mendapatkannya sekitar 0.2 BTC bersamaan RM35,495 mengikut pertukaran semasa.

SUMBER GAMBAR: LOWYATNET

Berdasarkan siaran pengiklanan yang dibuat, maklumat tersebut berjaya diperolehi melalui API MyIdentity di laman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bagi mereka yang tidak mengetahui MyIdentity, MyIdentity merupakan sebuah platform perkongsian data peribadi antara agensi kerajaan dalam mendapatkan informasi seseorang.

- Advertisement -

Sejumlah besar data yang bakal dijual merangkumi maklumat seperti nama, nombor telefon, nombor MyKAD, jantina, agama, alamat dan emel peribadi. Malahan, kesemua data yang dikumpulkan telah membabitkan kumpulan rakyat yang dilahirkan pada tahun 1979 sehingga tahun 1998.

Buat masa ini, penjualan pengkalan data ini masih belum dipastikan lagi oleh mana-mana badan kerajaan. Akan tetapi, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara tersebut secepat mungkin kerana melibatkan maklumat peribadi rakyat yang boleh disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kemas kini 28 September 2021: Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi perkongsian terbaru tampil memberi kenyataan memaklumkan tidak berlaku sebarang kebocoran data dan maklumat seperti yang didakwa.

- Advertisement -

LHDN juga sedang bekerjasama dengan pihak JPN dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat semua kemungkinan berkenaan dakwaan ini.

SUMBER GAMBAR: LOWYATNET

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL