Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Kisah Generasi Akhir Penjaga Hutan Amazon Mati Dibunuh Pembalak Haram
spot_img

Kisah Generasi Akhir Penjaga Hutan Amazon Mati Dibunuh Pembalak Haram

- Advertisement -

INI adalah kisah akhir seorang penjaga hutan Amazon yang sentiasa berjuang melawan pembalakan haram.

Paulo Paulino Guajajara, ahli keluarga kepada Guajajara yang berusia 26 tahun telah tinggal di hutan Amazon, Brazil sejak dia dilahirkan lagi.

Tetapi pada umur semuda itu, dia akhirnya tewas di tangan sekumpulan pembalak haram apabila ditembak mati.

- Advertisement -

Terkenal dengan panggilan Lobo – bermaksud serigala di dalam bahasa Sepanyol – dia dilaporkan sedang melakukan aktiviti memburu sebelum diserang oleh lima pembalak haram, lapor Reuters.

Semasa pertempuran di antara Lobo dan sekumpulan pembalak haram, dia telah ditembak di bahagian muka manakala rakannya cedera teruk dan dihantar ke hospital oleh pemimpin puak, Laercio Guajajara.

Lobo merupakan anggota Guardian of the Forest, sebuah kelompok yang dibentuk untuk melawan kartel pembalakan liar di kawasan tersebut.

- Advertisement -

Lobo dikenali oleh masyarakat tempatan dan suku asli di sana sebagai Penjaga Hutan. Dia mula melakukan aktiviti ini pada tahun 2012 bagi melindungi kawasan hutan, suku kaum dan beberapa puak lain yang tinggal jauh di dalam hutan.

Ini bukanlah kali pertama pembalak haram menyerang suku asli di sana. Laporan daripada Majlis Mubaligh Adat Brazil – sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mempertahankan kaum pribumi Amazon – telah merekodkan 135 orang telah dibunuh pada 2018.

- Advertisement -

Sejak 2012, pembalak haram telah membunuh sekurang-kurangnya tiga penjaga hutan disebabkan mereka telah membakar lebih 200 kem pembalakan haram.

Hutan Hujan Amazon

Mengapa Kita Perlu Risau Jika Hutan Amazon Musnah Dalam Kebakaran

Hutan Amazon yang dikenali sebagai paru-paru Bumi kerana menyumbang kepada 20% oksigen pada atmosfera dan memerangkap 10% karbon di planet ini telah terbakar seluas beribu-ribu ekar.

Apa punca-puncanya?

1. Kebakaran di hutan Amazon memang sering berlaku secara semula jadi, lebih-lebih lagi pada musim kering (Julai-Oktober). Tetapi kebakaran kali ini amat teruk dengan peningkatan kebakaran sehingga 80% berpunca daripada aktiviti manusia.

2. Menurut NASA, kebakaran ini berpunca daripada kemarau yang teruk yang berpunca daripada aktiviti pembalakan dan pemanasan global. Kita boleh kata pemanasan global adalah aktiviti semula jadi tapi hakikatnya ia berpunca daripada aktiviti manusia juga.

Apa kesannya setelah hutan Amazon ini terbakar?

1. Langit menjadi hitam sehingga ke Lautan Atlantik, sejauh 3,200 KM.

2. Terlepasnya karbon dioksida 228 mega tan yang akan memberikan kesan buruk kepada lapisan ozon dan hutan-hutan lain di sekitarnya. Bumi akan menjadi semakin panas!

3. Terlepasnya karbon monoksida, gas yang dilepaskan apabila kayu dibakar. Apabila berada pada kepekatan yang tinggi, gas ini sangat berbahaya dan bertoksik. Gas ini dikhabarkan telah merebak sehingga ke kawasan pantai Amerika Selatan.

4. Lembah Amazon yang menjadi habitat 3,000 spesis haiwan dan tumbuhan serta sejuta penduduk asli kini terancam.

Lembah ini sangat penting dalam memerangkap karbon. Terbakarnya ia menyebabkan turunnya perangkap karbon dan terlepasnya banyak karbon secara mendadak.

Menurut Yuval Noah Harari, pada kurun ini, manusia akan berhadapan tiga cabaran utama;

1. Perang/Kuasa Nuklear

2. Artificial Intelligence

3. Pemanasan Global

Pemimpin dunia hanya fokuskan 1 dan 2, dan pandang remeh pada yang ke-3. Tiada tindakan serius diambil. Baru sekarang Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengisytiharkan insiden ini sebagai krisis global untuk dibincangkan di G7 Summit.

Sebelum ini pun saintis telah buat kajian, menanam pokok tidak mampu lagi kurangkan pemanasan global kerana apa? Kerana pokok tidak dapat hidup lama akibat kepekatan karbon yang tinggi. Bayangkan ‘paru-paru’ yang kita ada telah pun terbakar. Climate change is getting worse.

Takziah penduduk Bumi.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL