Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Gadis Ini Berkongsi Tentang Teknologi Deepfake Yang Sering Diguna Untuk Pelbagai Tujuan
spot_img

Gadis Ini Berkongsi Tentang Teknologi Deepfake Yang Sering Diguna Untuk Pelbagai Tujuan

- Advertisement -

ANDA sudah pasti pernah menonton klip video pendek artis terkenal antarabangsa seperti Tom Cruise, Jason Statham dan lain-lain lagi menerusi TikTok. Tahukah anda sebahagian video yang dihasilkan adalah menggunakan teknologi deepfake. Individu disebalik akaun tersebut menggunakan kepakaran grafik dan efek spesial untuk meniru artis berkenaan.

Perkongsian yang dibuat menerusi akaun TikTok @dayanakemesky telah mengupas tentang teknologi deepfake yang mampu meniru wajah dan suara seseorang pada video yang dipaparkan. Video yang dihasilkan dilihat sangat mirip dengan ciri seseorang yang ditiru. Malahan, teknologi deepfake sudah digunakan secara meluas di dalam pelbagai industri pada hari ini.

- Advertisement -

Sebagai contoh, sebuah video yang pernah tular pada tahun 2018 di mana pelakon komedi, Jordan Peele telah menyamar sebagai Barack Obama dan ianya tampak seperti asli sehinggakan ramai terpegun selepas menontonnya. Perkara ini telah membuka mata banyak pihak bahawa kemajuan teknologi kini boleh memanipulasi suatu isu dengan mudah.

Teknologi Deepfake

SUMBER GAMBAR: TOWARDS DATA SCIENCE

Deepfake merupakan sebuah teknologi kecerdasan buatan yang boleh memetakan wajah seseorang kepada individu yang lain di dalam digital. Kemudian, mesin kecerdasan tersebut perlu menyelesaikan sejumlah besar set data menerusi pembelajaran mendalam untuk mendapatkan wajah yang realistik pada video yang dihasilkan.

Kaedah yang sering dipakai untuk mencipta deepfake adalah menggunakan rangkaian buatan neural yang mana melibatkan auto encoder untuk teknik penukaran muka. Auto encoder adalah sebuah program kecerdasan buatan deep learning yang bertugas mempelajari klip video untuk memahami struktur wajah seseorang daripada pelbagai sudut dan keadaan sekelilingnya.

- Advertisement -

Untuk mendapatkan hasil deepfake yang lebih realistik, kecerdasan pembuatan lain diperlukan yang dikenali sebagai Generative Adversial Network(GAN). Fungsi GAN adalah untuk meneliti sebarang kekurangan pada video yang terhasil dan ditambah baik bagi memastikan video deepfake berkenaan sukar dikesan menerusi perisian pengesan deepfake.

Penggunaan deepfake

SUMBER GAMBAR: FINANCIAL TIMES

Antara kegunaan perisian deepfake adalah dari segi perfileman di mana pengarah filem boleh menggantikan watak seseorang sekiranya pelakon asal tidak dapat hadir ke set sewaktu sesi pengambaran tersebut.

- Advertisement -

Sementara itu, deepfake juga boleh digunakan untuk pembelajaran yang lebih interaktif terutama sekali berkaitan sejarah dan tokoh terdahulu yang boleh dicipta semula video atau audio secara digital menerusinya.

SUMBER GAMBAR: TECH CRUNCH

Selain itu, deepfake turut mampu memastikan identiti seseorang kekal rahsia apabila mereka membuat pendedahan suatu maklumat sulit di dalam dunia kewartawanan. Pelbagai aplikasi deepfake juga sudah tersedia yang boleh digunakan oleh umum sebagai hiburan seperti MyHeritage, Deepface Lab dan FaceApp.

Cara mengesan deepfake

SUMBER GAMBAR: FUTURITY

Terdapat sebilangan kecil petunjuk yang boleh memberikan petunjuk sesebuah kandungan video itu adalah hasil deepfake. Antara kelemahan yang boleh dikesan menerusi video deepfake adalah pergerakan mata yang tidak normal.

Sehingga ke hari ini deepfake masih mengalami masalah dalam menganimasikan wajah secara realistik sehingga hasilnya terkadang mata tidak berkedip, pergerakan berkedip yang tidak natural atau sering terkedip sepanjang video tersebut.

SUMBER GAMBAR: CNN

Selain itu, anda boleh meneliti bahagian kulit atau rambut atau wajah kerana kebiasannya kawasan tersebut kelihatan sedikit kabur berbanding lokasi persekitaran mereka.

Fokus video berkenaan juga tampak tidak realistik jika diamati dengan teliti. Hal ini berlaku kerana perisian deepfake mengalami masalah untuk membezakan objek dan persekitaran dengan baik.

Dari segi pencahayaan juga boleh dikesan jika video tersebut dihasilkan menerusi deepfake oleh kerana algoritma deepfake akan mengekalkan pencahayaan video yang dipakai sebagai model video palsu dengan pencahayaan video sasaran. Hal ini sekaligus menyebabkan video yang terhasil mempunyai pencahayaan yang tidak sekata.

Seperkara lagi, audio yang dihasilkan tampak tidak bersesuaian dengan individu yang disasarkan. Lebih-lebih lagi apabila hanya video yang dipalsukan tetapi audio aslinya tidak disunting dengan terperinci sebelum itu.

Rakaman Ringkasan apa itu deepfake technology

@dayanakemesky Reply to @umyalea ringkasan apa itu deepfake technology #learnontiktok #tiktokguru #pdpr #deepfake #techtok ♬ she knows – favsoundds

Konklusinya, kita perlu cakna tentang teknologi deepfake oleh kerana teknologi ini mampu memanipulasi sesebuah video atau audio yang boleh disebarkan di atas talian.

Hal ini menyebabkan orang awam boleh terkeliru dengan berita palsu tersebut. Dengan pengetahuan mengesan deepfake, anda boleh meneliti kesahihan sesuatu berita yang disebarkan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL