spot_img

Lembah Klang Dan Melaka “pindah” Fasa 3

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik tadi, bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Lembah Klang, Melaka dan Kedah berkuat kuasa 1 Oktober.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pengerusi jawatankuasa khas berkenaan memaklumkan, Lembah Klang membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Melaka beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3 manakala Kedah beralih dari Fasa 1 kepada Fasa 2.

“Berdasarkan keputusan yang membenarkan peralihan Fasa 1 bagi negeri Kedah, ini bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara.”

- Advertisement -

“Peralihan fasa ini dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 2, 3 dan 4 adalah sama dengan sebelum ini,” katanya.

- Advertisement -

Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Reaksi beberapa wargamaya

“Alhamdulillah.kebanyakan niat nak rentas negeri untuk ziarah ibu Dan ayah.masing masing rindu Dan sampai uzur tekanan perasaan.” – Mawarngi Jubli

“Alhamdulillah dah hampir boleh rentas negeri.” – Ramzan Sudin

- Advertisement -

“Alhamdullilah. Kapasiti masjid mengikut Majlis agama negeri.” – Abdul Rahman Kamis

“Meriahnya.. kereta menderu menderam.” – Rosdi Jaafar

“Nanti dia buat.. nak rentas negeri boleh.. tapi pastikan cukai jalan dan insuran kenderaan anda hidup… masyukkk.” – Mohd Azraz Razali

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL