Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Rakaman Dron Tragedi Kepala Air Di Air Terjun Yang Mengorbankan Nyawa
spot_img

Rakaman Dron Tragedi Kepala Air Di Air Terjun Yang Mengorbankan Nyawa

- Advertisement -

BARU-BARU ini, video tragedi kepala air yang berlaku di Cebu, Filipina ini telah tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai. Menerusi video terbabit, dapat dilihat sekumpulan orang sedang bermandi-mandi di atas batu di air terjun.

Akan tetapi, kepala air muncul secara tiba-tiba dan mereka yang sedar akan perkara itu cuba untuk menyelamatkan diri. Menurut laporan, seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun mati lemas selepas hanyut dibawa arus deras ini.

Manakala seorang wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak berusia 7 tahun itu masih lagi hilang dan dalam pencarian. Video tersebut turut mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana air terjun kini menjadi lokasi tumpuan rekreasi.

- Advertisement -

Walaupun kejadian itu berlaku di luar negara tetapi rata-rata netizen menzahirkan kebimbangan untuk mandi manda di air terjun dan juga segelintir netizen mengingatkan agar elak mandi air terjun ketika musim hujan.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan jika sudah nampak banyak daun dan ranting mengalir sama dengan air, kemungkinan akan muncul kepala air. Bagi anda yang sudah merancang untuk bermandi manda di air terjun, diharap anda akan menjaga keselamatan anda terutama sekali sekarang musim hujan.

Reaksi beberapa wargamaya

“Allahu tengok orang yg tenggelam dalam pusaran air tu, sekarang musim hujan lebat hati hati la kalau pergi mandi sungai dan air terjun.” – cayapalam.

- Advertisement -

“Sebab ni la saya trauma mau mandi di air terjun… kita tak tahu bila air boleh pasang besar macam ni.” – chrissytwittwit.

“seram tengok tiba tiba air tu deras and berubah warna. aku ada tengok kt tiktok, ada encik bomba tu pesan, kalau nampak ada banyak ranting kayu atau banyak daun mengalir sama dengan air tu, naik la cepat. takut tu kepala air turun pesan encik bomba tu.” – nichiriri.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL