spot_img

Kisah Individu Yang Mewakafkan Masjid Sri Sendayan Di Negeri Sembilan

- Advertisement -

PELBAGAI cara boleh diilhamkan melalui hasil seni salah satunya melalui penghasilan rekaan pada Masjid. Tahukah anda, terdapat sebuah masjid yang baru sahaja dibina dan menerima beberapa gelaran daripada orang ramai termasuk Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah kerana keunikan hasil seni binanya.

Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan. Jika anda berkesempatan ke sana nanti, cuba lihat pada ukiran kayu dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar yang merupakan hasil seni arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Untuk pengetahuan anda, idea rekaan dalaman masjid ini diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan yang merupakan kontraktor interior. Malah, cat siling dalaman dilakukan secara manual hasil kerja tangan orang Morocco, kubah dalaman menggunakan ‘gold paper’ 24K, serta pintu dan kayu kubah diambil dari India.

- Advertisement -

Namun apa yang menariknya, masjid yang mula dibina pada tahun 2015 ini telah diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB. Adakah anda tahu maksud disebalik nama bank RHB? RHB bermaksud Rashid Hussain Berhad singkatan kepada nama pengasas kumpulan RHB iaitu, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Beliau merupakan salah seorang tokoh paling berjaya di dalam arena perbankan negara.

Melalui perkongsian di Facebook Farhan Che Hassan, beliau berkongsi kisah menarik mengenai pengasas RHB ini dan kaitannya dengan pembinaan Masjid Sri Sendayan.

- Advertisement -

Sedikit info menarik mengenai Tan Sri Rashid ini, beliau merupakan seorang lelaki berdarah kacukan Melayu dan Arab iaitu bapanya Mohammed Hussein dari Pulau Pinang dan ibunya keturunan Arab-Melayu. Bapanya membangunkan perniagaan di Singapura selepas berhijrah ke sana.

Kejayaan dan kehebatan beliau dalam bidang perbankan tidak dapat dinafikan apabila dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau telah berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada firma bursa saham, bank komersial, syarikat kewangan dan bank perdagangan RHB Bank.

- Advertisement -

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia. Begitulah yang dapat dilihat pada pemilik RHB Bank ini yang menginfaqkan kekayaan beliau kepada ummah melalui pembinaan beberapa buah masjid.

SUMBER: ISLAMIK MEDIA

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia. Begitulah yang dapat dilihat pada pemilik RHB Bank ini yang menginfaqkan kekayaan beliau kepada ummah melalui pembinaan beberapa buah masjid.

Sebelum ini beliau pernah mendirikan Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya. Kemudian, beliau mendirikan pula Masjid Hussain yang dinamakan sempena nama ayahnya atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.

Terbaru, beliau mendirikan dan mewakafkan pula Masjid Sri Sendayan, yang dibuka secara rasmi pada 20 September 2019. Menurut Farhan, masjid ini sepatutnya dinamakan atas nama pengasas RHB ini sendiri iaitu Masjid Rashid Sri Sendayan tetapi sebaliknya berlaku apabila ia hanya dinamakan Masjid Sri Sendayan. Mungkin beliau ada sebab tersendiri mengapa masjid tersebut tidak menggunakan namanya. Ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini.

Selain itu, masjid ini terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan memuatkan seramai 5,000 jemaah. Bukan itu sahaja, masjid turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni dan turut dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan.

Selain itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan menjadikan beliau inspirasi atas sikap mulia yang ditunjukkan ini serta berhajat untuk melihat keindahan masjid itu sendiri.

Justeru, diharapkan semoga masjid yang lengkap dengan pelbagai kemudahan ini dapat diimarahkan sebaik mungkin oleh jemaah tidak kira di kawasan ini atau dari luar Bandar Sri Sendayan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL