Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Viral Rakaman Sekumpulan Pemuda Makan Beralaskan Batu Sungai
spot_img

Viral Rakaman Sekumpulan Pemuda Makan Beralaskan Batu Sungai

- Advertisement -

HAMPIR beberapa bulan terperuk di dalam rumah, ramai kini dilihat mengambil peluang berkelah dan beriadah sambil menikmati keindahan alam semulajadi selepas kerajaan mula memberikan kelonggaran pada golongan yang sudah lengkap vaksin.

Begitu juga dengan sekumpulan pemuda ini yang dilihat beriadah dah mengambil peluang mandi sungai bersama-sama disebuah kawasan air terjun.

Namun aksi kumpulan ini mencuri perhatian ramai apabila mereka dilihat menjamah mee segera yang dihidangkan di atas batu sungai tanpa sebarang alas.

- Advertisement -

Menerusi video TikTok yang tular di laman Twitter, kumpulan pemuda berkenaan pada mulanya dilihat mencuci batu sungai mengunakan sabun dan berus sebelum membilasnya dengan air dan pasir.

Mungkin ingin makan beramai-ramai ala-ala shellout mereka kemudian dilihat mengelap permukaan batu berkenaan menggunakan kain sebelum menghidangkan seperiuk mee segera ke atasnya tanpa sebarang alas mahupun plastik.

- Advertisement -

“Leptospirosis has entered the chat”

Aksi mereka nyata mencuri perhatian orang ramai yang berpendapat mereka sebenarnya merisikokan diri untuk dijangkiti penyakit bawaan kuman bakteria jenis leptosipra iaitu kencing tikus.

- Advertisement -

Ada segelintir yang turut mempersoal memandangkan mereka sudah mempunyai periuk dan kenapa memilih menghidangkan mee berkenaan diatas batu yang belum dapat dipastikan kebersihannya.

Makan sajalah dalam periuk tu

Tak semua tempat boleh bawak perangai asrama

Mengotorkan sungai

Malah ramai mengecam tindakan mereka memandangkan sisa makanan termasuk minyak , dan sabun akan mengotorkan sungai berkenaan.

“leptospirosis is one, but also imagine all the soap, oil and food waste being washed into the river after that. nak jadi adventurous tu boleh tapi fikir sikit consequences of your actions. this is both dumb AND gross.” kata seorang netizen.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL