spot_img

Hilang Tempat Bergantung Sekelip Mata, Wanita Ini Alami Depresi Selepas Suaminya Meninggal Dunia

- Advertisement -

JIKA diikutkan rasa hati yang tertekan dek hilang tempat bergantung selepas suaminya meninggal dunia, Manishah Jamaluddin seolah-olah nekad mahu terjun bangunan pada saat itu juga.

Sungguhpun demikian, dengan iman yang masih teguh di dada dan suara anak yang sayup-sayup memanggilnya membuatkannya cepat tersedar.

“Ibu…adik lapar. “ Suara sayu anak bongsunya yang mencarinya ketika menyendiri seorang diri di dalam bilik membuatkan ibu tunggal lima anak itu tersedar daripada lamunan.

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: Viral Rakaman Secara Langsung Susulan kes Wanita Terjun Flat Semalam

Luluh hatinya tatkala membayangkan masa depan anak kecil berusia tiga tahun itu bersama empat lagi cahaya matanya yang masing-masing masih bersekolah.

Mengenang kembali tragedi gelap yang menimpa hidupnya tiga tahun lalu, Manishah yang ketika itu hanya suri rumah dengan tiada sumber pendapatan, cukup tertekan apabila mengenangkan nasib hidupnya selepas suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung.

- Advertisement -

“Masa itu, saya rasa dunia gelap-gelita dan tiada masa depan. Duit simpanan pun tiada sebab menanggung kos perubatan suami yang menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

“Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya masa itu. Dengan anak-anak masih kecil, boleh dikatakan saat itu saya sangat depresi,“ katanya sebak.

Hilang Tempat Bergantung Sekelip Mata, Wanita Ini Alami Depresi Selepas Suaminya Meninggal Dunia
GAMBAR kenangan bersama Allahyarham suaminya, Mat Tarmizi Abdul Rahmat yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menumpang semangat anak-anaknya yang kuat memberi sokongan dan dorongan, membuatkan anak jati Temerloh, Pahang itu terus bangkit membina hidup baharu.

- Advertisement -

“Mulanya saya fikir mahu balik kampung. Tapi memikirkan anak-anak susah hendak sekolah, saya terus berpindah ke rumah pangsa kos rendah kerana sewa lebih murah.

“Dulu semuanya suami yang tanggung, namun bila Allahyarham sudah tiada, saya kena kuat semangat untuk teruskan hidup demi anak-anak,“ ujarnya yang ditemui Sinar Plus di Saujana Utama 1, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Pelbagai kerja

Reda dengan ketentuan ILAHI, wanita cekal berusia 47 tahun itu membuang aura negatif dan mencuba pelbagai kerja bagi menampung kos persekolahan anak.

“Mula-mula saya kerja sebagai pengasuh dan pembantu kedai. Tidak lama kemudian dapat tawaran kerja sebagai tukang sapu di sekolah agama. Syukur alhamdulillah.

“Suasana kerja dan kawan-kawan banyak beri semangat. Lagipun jika duduk rumah tidak bekerja, saya mungkin berdepan tekanan perasaan sebab tak bergaul dengan orang.

“Kalau duduk rumah meratapi nasib, ia tidak akan dapat mengubah segala-galanya. Sebab itu, saya percaya ALLAH sudah atur perjalanan hidup kita secantiknya,“ katanya penuh positif.

Nasib hidupnya juga mendapat perhatian ramai termasuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menanggung kos sewa rumah, bantuan persekolahan dan sumbangan hari raya.

Tidak menolak persepsi buruk dan dipandang rendah dengan gelaran ibu tunggal, Manishah sering pekakkan telinga dan meneruskan hidup bergaul dengan komuniti asnaf selain menyertai program anjuran LZS.

Hilang Tempat Bergantung Sekelip Mata, Wanita Ini Alami Depresi Selepas Suaminya Meninggal Dunia
KENANGAN Manishah (kiri) bersama ibu bapa dan anak-anaknya tanpa suami di sisi.

“Bila hidup bergaul dengan asnaf lain, rupanya ada yang nasib lebih teruk, namun mereka sangat ‘kuat‘. Daripada situlah saya seolah-olah dapat kekuatan.

“Cabaran besarkan anak tanpa suami bukan mudah. Saya juga sering menasihatkan mereka supaya sentiasa jaga diri dan jangan mudah terpengaruh dengan benda tidak baik,“ nasihatnya.

Sebagai ibu, hati mana yang tidak runsing memikirkan masa depan anak yang masih jauh. Apa pun, Manishah sentiasa menguatkan hati dan berserah kepada ALLAH.

Ya, beliau antara insan terpilih yang membuktikan akan hakikat pergantungan sepenuhnya kepada-NYA bakal memudahkan segala urusan di bumi yang fana ini.

Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac lalu, ada nasihat dititip wanita itu khusus buat insan senasib dengannya.

“Buat ibu tunggal di luar sana, sememangnya ujian yang dihadapi terlalu berat untuk dipikul. Akan tetapi percayalah, di sebalik kesedihan itu, ALLAH akan berikan yang lebih baik,“ ungkapnya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL