Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Seorang Ustaz Melepas Nikah Dengan Gadis Cantik Gara Gara Kantoi Sudah Ada Isteri
spot_img

Seorang Ustaz Melepas Nikah Dengan Gadis Cantik Gara Gara Kantoi Sudah Ada Isteri

- Advertisement -

HAMPIR mendirikan rumah tangga dengan suami orang, seorang gadis di Indonesia ini menjadi tular di media sosial apabila berkongsi kisah pahitnya yang membatalkan pernikahan dengan seorang ustaz pada saat-saat akhir.

Menurut laporan Suara.Com, kisah tersebut dikongsi menerusi video di aplikasi TikTok @milkiyahamira yang meluahkan rasa tertipu selepas mengetahui bakal suaminya itu sudah mempunyai seorang isteri.

“Pernah dilamar oleh seorang ustaz yang sangat tampan dari Batam, kami telah menetapkan tarikh dan tempat pernikahan iaitu di kota suci Mekah. Tapi tinggal tiga bulan sebelum majlis, saya membatalkan hasrat berkenaan,” katanya.

- Advertisement -

Meskipun ustaz itu merayu sehingga sanggup berlutut di kakinya, gadis tersebut tetap dengan pendirian untuk tidak meneruskan pernikahan apatah lagi tidak gemar untuk menjadi perampas suami orang.

“Dia sampai menangis dan merayu-rayu mahu mencium kaki supaya tidak membatalkan majlis, sebaliknya saya kembalikan semua hadiah dan barangan daripada dia. Malah dia tidak mahu beredar meminta agar tidak memutuskan hubungan.”

- Advertisement -

“Saya rasa tertipu. Dia kata sudah berpisah dengan isteri tetapi sebenarnya masih belum bercerai. Saya bukanlah wanita yang suka dengan suami orang,” ujarnya.

Posting berkenaan dipenuhi komen warganet yang memuji tindakan bijak gadis itu untuk tidak bermadu selain menyatakan dia layak memilih jodoh lebih baik berbanding suami orang.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, Allah masih menyayangi. Dapat tahu perkara sebenar sebelum bernikah,” tulis seorang warganet.

“Awak cantik dan solehah, layak dapat jodoh terbaik tanpa perlu merebut,” tulis seorang lagi warganet.

“Luar biasa! Tak perlu menyakitkan hati antara kaum hawa. Tindakan yang tepat,” tulis seorang warganet lain.

Bagaimanapun, tinjauan di akaun TikTok itu mendapati video tersebut sudah dipadam kerana dia mengakui tiada niat untuk mengundang kontroversi sebaliknya hanya berkongsi sebagai pengajaran.

@milkiyahamira♬ original sound – Gadis Qowiy – komunitas dakwah idaqu

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL