Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Google Earth Bertindak Untuk "Mengaburkan" Rumah Ini Untuk Selama-lamanya , Ini Sebabnya!
spot_img

Google Earth Bertindak Untuk “Mengaburkan” Rumah Ini Untuk Selama-lamanya , Ini Sebabnya!

- Advertisement -

SEMUA orang tahu fungsi aplikasi Google Earth bukan? Seperti yang kita tahu, Google Earth merupakan satu program yang menampilkan dalam keadaan 3D Bumi yang berdasarkan pada citra satelit. Bukan itu sahaja, program ini juga memetakan bumi dengan meletakkan gambar satelit, foto udara dan GIS ke dunia 3D yang membolehkan pengguna melihat keadaan sesuatu tempat dari pelbagai sudut.

Untuk menjelajah dunia, pengguna hanya perlu memasukkan alamat ataupun koordinat kedalam aplikasi program tersebut. Dari situ Google Earth akan menunjukkan pelbagai jenis gambar yang dilapisi di permukaan bumi.

- Advertisement -

Setakat ini Google mendedahkan bahawa Google Earth terkini telah merangkumi lebih dari 98 peratus peta dunia dan telah menangkap hampir 10 juta batu citra Street View, dan jarak yang dapat mengelilingi dunia lebih dari 400 kali.

Namun, sebilangan pendapat menyatakan bahawa Google Earth merupakan satu ancaman terhadap privasi dan keselamatan negara sehinggalah program ini dilarang di beberapa buah negara.

Malah negara-negara tersebut meminta agar kawasan-kawasan tertentu dikaburkan dalam gambar satelit Google yang kebiasaanya berkaitan dengan ketenteraan.

- Advertisement -

Akan tetapi, satu kejadian pelik berlaku apabila salah sebuah rumah yang terletak di Seymour Avenue 2207, Cleveland Amerika Syarikat telah dikaburkan oleh pihak Google Earth untuk selama-lamanya !

Ia bukanlah kawasan ketenteraan, namun hakikatnya ia merupakan kawasan perumahan yang biasa  didiami. Hal ini berlaku bukan disebabkan masalah jaringan atau sebagainya, namun rumah tersebut menyimpan fakta yang mengejutkan dan sadis sehingga terpaksa dikaburkan.

Dengan menggunakan koordinat  41°28’21.6″N 81°41’52.7″W  ini, anda akan dapat melihat sendiri rumah tersebut yang dikaburkan oleh pihak Google Earth.

- Advertisement -

Menurut laporan, rumah tersebut merupakan sebuah rumah yang dimiliki oleh Ariel Castro. Beliau juga merupakan seorang banduan yang dikatakan telah melakukan satu perbuatan yang sangat keji dan sadis kepada tiga orang gadis. Dalam laporan tersebut, Ariel Castro dikatakan sanggup menculik, menyeksa serta merogol ketiga-tiganya selama 10 tahun !

Diawal kehidupannya, Ariel Castro ini sebenarnya dilahirkan di Puerto Rico pada 10 Julai 1960 kemudian berpindah mengikut keluarganya di Cleveland, Ohio. Pada 1992, Ariel telah membeli sebuah rumah di Seymour Avenue 2207. Dia bagaimana pun sempat berkahwin dan mempunyai empat orang anak hasil dari perkahwinannya. Namun, Ariel dikatakan selalu bertindak ganas dan memukul isterinya sehingga isterinya bertindak untuk meninggalkannya pada 1996 dan telah mendapat hak penjagaan penuh untuk anak-anak mereka.

Kejadian tersebut berlaku bermula pada tahun 2002 dimana Ariel castro telah menculik seorang gadis yang pada ketika itu baru berumur 17 tahun.

Mangsa pertama beliau dikenali sebagai Michelle Knight. Namun, disebabkan ketagihannya untuk melakukan perbuatan keji tersebut, maka dia bertindak untuk menculik dua orang gadis lagi iaitu Amanda Berry serta Gina Dejesus. Menurut laporan juga, Ariel Castro menculik dan mengurung mereka di kediamannya tanpa meninggalkan satu jejak pun.

Susulan kehilangan ketiga-tiga mangsa, pihak FBI turut berkerjasama dengan pihak polis untuk memulakan siasatan serta melakukan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang hilang.

Akan tetapi, disebabkan teknologi yang belum canggih pada ketika itu, usaha pencarian mereka tidak membuahkan hasil walaupun segala usaha untuk menemukan mereka telah digunakan namun ia masih menemui jalan yang buntu.

Walaupun telah dikurung selama 10 tahun, ketiga-tiga gadis tersebut tidak pernah untuk berputus asa untuk mencari cara bagi menyelamatkan diri mereka walaupun tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh mengancam nyawa mereka sekiranya usaha mereka pada ketika itu tidak berhasil.

Pada 6 Mei 2013, mengikut laporan yang diceritakan, pada hari kejadian, pintu rumah Ariel Castro didapati tidak berkunci. Dikesempatan itulah ketiga-tiga gadis tersebut mula membuka pintu tersebut dan berteriak sekuat hati agar jeritan mereka didengari oleh kejiranan terdekat sekaligus memohon bantuan untuk menyelamatkan mereka.

Akhirnya, jeritan mereka membuahkan hasil apabila jiran tetangga Ariel Castro pada ketika itu mendengar jeritan meminta tolong. Lalu, mereka berkumpul dan mula melakukan operasi menyelamat ketiga-tiga mangsa tersebut dengan memecahkan pintu tersebut serta jendela untuk menyelamatkan mangsa yang telah terperangkap di rumah tersebut selama 10 tahun.

Usaha itu akhirnya berjaya menumpaskan Ariel Castro serta merungkai segala persoalan yang timbul waktu siasatan dahulu dijalankan. Beliau akhirnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan ditambah 1000 tahun untuk segala kejahatan yang telah dilakukannya.

Namun, pada 3 September 2013, Ariel Castro dikatakan telah membunuh diri di dalam sel tahanannya pada 9.20 malam. Dia disahkan meninggal dunia pada 10.52 malam di Hospital Wexner Ohio State University.

Menurut laporan juga, berita mengenai kes kehilangan ketiga-tiga mangsa tersebut menjadi cukup viral ketika itu sehingga pihak berkuasa memutuskan untuk merobohkan rumah banduan tersebut.

Malah, pihak Google turut memutuskan agar rumah Ariel Castro di Seymour Avenue itu dikaburkan di Google Earth sebagai tanda keperihatinan terhadap mangsa-mangsa yang terlibat dan seterusnya mengutuk perbuatan keji yang dilakukan oleh Ariel Castro.

Pada 2015, satu filem yang dilakonkan oleh Taryn Manning dan Raymond Cruz telah ditayangkan dengan tajuk Cleveland Abduction untuk menceritakan semula kisah disebalik rumah tersebut.

Sehingga kini, jika anda cuba melayari dan mencari Seymour Avenue 2207, Cleveland AS, pastinya rumah tersebut akan berada dalam keadaan kabur. Malah ramai pihak juga menunjukkan kecaman untuk tindakan paling keji yang dilakukan ketika itu.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL