spot_img

Lelaki Mabuk Ikut Pihak Berkuasa Cari Orang Hilang, Rupanya Yang Hilang Dirinya Sendiri

- Advertisement -

ALKOHOL merupakan satu bahan minuman yang boleh mengkhayalkan serta memabukkan peminumnya. Malah bukan itu sahaja, peminumnya juga kadang-kala sangat menjengkelkan dengan tindakan-tindakan mereka diluar kawalan yang boleh mencetuskan pekara-pekara berbahaya dan tidak diingini berlaku.

Banyak kes yang dapat dilihat melibatkan pemabuk ini seperti kes kematian jalanraya, kes pergaduhan yang menyebabkan kematian dan sebagainya. Namun, kisah seorang pemabuk ini sangat menyusahkan orang ramai serta pihak berkuasa apabila dia dikatakan turut membantu pihak berkuasa dalam misi mencari dan selamat orang yang hilang, akan tetapi yang hilang sebenarnya adalah dirinya sendiri!

- Advertisement -

Nampak kelakar bukan ? namun, percayalah ia merupakan tindakan yang menyusahkan kesemua pihak yang terlibat. Malah ia cukup membazirkan masa.

Mengikut laporan Malay Mail, kejadian itu berlaku di Tukri di mana seorang lelaki yang bernama Beyhan Mutlu menhabiskan sehariannya dengan aktiviti meminum minuman keras bersama rakan-rakannya pada hari Selasa. Namun, sebaik sahaja beliau habis bersantai bersama rakan-rakannya, dia mengambil langkah untuk berjalan-jalan ke dalam hutan di Wilayah Bursa.

- Advertisement -

Difahamkan, menurut laporan juga, dia bertindak sedemikian tanpa memberitahu isterinya. Dan disebabkan dia tidak pulang ke rumah seharian, keesokkan harinya pula, si isteri dan beberapa rakannya telah hadir ke balai polis serta membuat laporan dengan pihak berkuasa dengan menyatakan bahawa Beyhan Mutlu telah hilang.

Susulan laporan tersebut, satu gerakkan pencarian bagi menyelamatkan orang yang hilang telah pun diadakan bagi menjejaki Mutlu selepas gagal menghubungi lelaki yang berusia 50 tahun itu.

Dalam laporan tersebut juga, difahamkan Mutlu pada ketika itu sedang berjalan-jalan lagi didalam hutan dan mula ‘terserempak’ dengan pihak berkuasa yang ketika itu sedang dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya. Bagaimana pun, kemungkinan terdapat beberapa faktor seperti gambar dan beberapa informasi yang terlepas pandang menyebabkan pihak berkuasa juga tidak dapat mengenal pasti Mutlu yang sebenarnya.

- Advertisement -

Setelah Mutlu terserempak dengan mereka, tidak banyak bicara, dia pun mula menawarkan diri serta mengikuti pasukan berkenaan untuk mencari dirinya sendiri yang’hilang’ di dalam hutan tersebut.

Bagaimana pun, semuanya terjawab apabila salah seorang anggota pasukan mula memanggil namanya, kemudia Mutlu pada ketika itu sangat terkejut dan menjawab, “Saya di sini.” Maka, Mutlu pun ‘ditangkap’ oleh anggota skuad terbabit dan diminta untuk diberikan keterangan berkaitan kejadian tersebut.

Pihak berkuasa kemudiannya membawanya pulang namun tidak diketahui sekiranya dia didenda ataupun tidak.

Namun, ada juga satu kejadian yang hampir sama pada tahun 2021 dimana seorang pelancong Asia telah hilang di Iceland. Namun, dia juga ‘dijumpai’ didalam pasukan khas yang mencarinya selepas gagal memberikan kenyataaan kepada pihak polis.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL