Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Baru Pindah Rumah Pertama? Ini 14 Barang Keperluan Rumah Baru Yang Perlu Anda Ada
spot_img

Baru Pindah Rumah Pertama? Ini 14 Barang Keperluan Rumah Baru Yang Perlu Anda Ada

- Advertisement -

APAKAH barang keperluan rumah baru yang diperlukan untuk memastikan persiapan anda berjalan dengan lancar? Artikel pada kali ini akan menyenaraikan 14 barang keperluan rumah baru yang perlu anda tahu.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, di dapati bahawa barang keperluan rumah baru boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu pembersihan, ruang dapur, bilik air, bilik tidur, pakaian, dan hiasan dalaman.

Artikel ini hanya fokus kepada barang asas yang sangat penting untuk diberi perhatian ketika mula-mula korang menjejakkan kaki ke rumah baru.

Peralatan Rumah Adalah Keperluan yang Wajib Dimiliki

- Advertisement -

Korang yang baru saja membina rumahtangga pasti menginginkan untuk tinggal di rumah sendiri. Ketika memutuskan untuk menduduki sebuah rumah yang baru, banyak perkara yang harus disediakan. Salah satunya adalah keperluan peralatan rumah.

Beberapa peralatan rumah wajib ada di dalam rumah baru korang. Perabotan rumah ini wajib dimiliki supaya aktiviti di dalam rumah dapat berjalan dengan baik.

Memilih Peralatan Rumah Dengan Bijaksana

- Advertisement -

Sangat penting, peralatan rumah perlulah segera dilengkapi. Namun bukan bererti korang tergesa-gesa membelinya. Pertimbangkan dengan bijaksana apa yang perlu dibeli, iaitu yang betul-betul diperlukan. Oleh itu, kami menyediakan panduan untuk memilih peralatan rumah:

Pilih Berdasarkan Fungsinya

- Advertisement -

Ketika pindah dan menduduki rumah baru, fikirkan perabot apa yang paling diperlukan. Ini perlu dilakukan supaya pembelian barangan itu berguna. Jangan membeli barang yang fungsinya masih boleh digantikan dengan barang lain yang sedia ada. Sebagai alternatif, boleh juga membeli barang yang multi-fungsi. Perkara ini boleh menjimatkan anggaran belanja juga, kan?

Perhatikan Bahan Pembuatan Alat Rumah

Ketika membeli peralatan untuk keperluan rumah, semestinya korang ingin memiliki barang yang tahan lama. Barang yang tahan lama dan tidak cepat rosak akan menjimatkan duit, secara tak langsung korang tak perlu mengeluarkan duit untuk membeli dan menggantikan yang baru.

Oleh sebab itu, semak kualiti barang yang akan dibeli dengan teliti. Perkara ini boleh dilihat dari bahan pembuatan barang. Pilih bahan yang lasak dan tahan lama. Sementara itu,  untuk peralatan dapur, usahakan memilih bahan yang selamat dan tidak mudah rosak.

Pilih Barang Yang Efisien

Zaman sekarang semakin maju. Tak salah jika korang mengikut perkembangan zaman yang banyak menyediakan peralatan rumah yang efisien. Contohnya, belilah lampu dengan daya watt kecil yang berkualiti baik dengan harga berpatutan. Selain itu, korang juga boleh membandingkan satu produk dengan produk yang lain. Ini untuk mengetahui produk mana yang lebih efisien dari segi harga, kegunaan, ketahanan dan lain-lain.

Peralatan Rumah Yang Perlu Dimiliki

1. Peralatan Dapur

Aktiviti memasak menjadi aktiviti paling penting di dalam rumah supaya dapat menyediakan hidangan untuk mengisi perut seluruh anggota keluarga. Oleh itu, peralatan dapur perlu segera dimiliki. Tanpa peralatan dapur, korang tak dapatlah nak menyajikan makanan enak dan sihat untuk seisi keluarga. Ini beberapa peralatan penting yang perlu ada di dapur korang.

Dapur Masak

Korang tak akan dapat memasak jika di dapur tiada dapur masak. Nah, inilah pilihan dapur masak yang berkualiti baik dan tahan lama. Korang boleh dapatkan dapur masak Pensonic PGC-26N yang memiliki dua dapur gas ini. Proses memasak menjadi lebih cepat jika menggunakan kedua dapur gas tersebut. Kawalan api juga boleh disesuaikan. Beratnya juga 3.3 kg sahaja dengan ukuran (mm) 710 x 370 x 85.

Harga RM59.90

Beli di sini: Shopee

Periuk Nasi

Nah, alat kedua yang diperlukan adalah alat penanak nasi. Korang tentu memerlukan alat yang boleh digunakan untuk memasak nasi sekaligus sebagai pemanas agar nasi tetap panas ketika dihidang.

Jom, beli Mini Non-stick Smart Rice Cooker. Kapasiti untuk menanak nasi adalah 1.2 liter dengan penggunaan elektrik sebesar 200 watt. Alat berukuran 180 x 200 x 180mm ini boleh juga untuk memanaskan lauk.

Harga RM63.90 – RM79.90

Beli disini: Shopee

Pisau

Kalau nak memasak, mestilah korang perlukan pisau untuk memotong pelbagai macam bahan makanan. Korang boleh dapatkan set pisau 5 dalam 1 dan 7 dalam 1 ini. Satu set pisau ini terdiri dari berbagai macam jenis pisau sesuai dengan fungsinya. Dilengkapi pula dengan gunting dapur dan tempat pisau. Pisaunya tahan karat kerana dibuat dari stainless steel. Peralatan ini cantik juga untuk dijadikan hiasan di dapur. Tersedia pilihan warna hitam, merah jambu, ungu, hijau, biru dan merah.

Harga RM27.50

Beli disini: Shopee

Pinggan Dan Mangkuk

Jika makanan sudah siap untuk dihidang, korang tentu memerlukan pinggan atau mangkuk untuk menghidangkannya. HOMELITE MULTIPURPOSE PLASTIC PLATE adalah pilihan yang tepat. Dalam satu set ini terdiri dari pinggan, mangkuk sup dan mangkuk besar. Peralatan dari Homelite ini sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan seisi keluarga atau menjamu tetamu yang datang ke rumah.

Harga RM8.90 – RM39.90

Beli disini: Shopee

2. Peralatan Bilik Tidur

Setelah seharian beraktiviti, korang mesti memerlukan waktu rehat dan tidur yang selesa. Peralatan tidur yang bagus diperlukan supaya seluruh penghuni rumah dapat bermimpi indah dan bangun di pagi hari dengan segar. Lengkapkan bilik tidur korang dengan beberapa peralatan di bawah ini.

Katil

Katil dan tilam yang berkualiti dapat memberikan keselesaan tidur korang. Beli segera katil Goodnite Posture Spring Mattress. Katil ini mempunyai ukuran dan berat 190cm X 92cm X 28cm, 15KG (Single), 190cm X 107cm X 28cm , 18KG (Super Single), 190cm X 152cm X 28cm , 40KG (Queen) dan 190cm X 183cm X 28cm , 43KG (King). Ketebalan semua jenis katil ini 11 inchi yang bakal membuatkan tidur korang semakin lena.

Harga RM548.00 – RM848.00

Beli disini: Shopee

Bedsheet

Jika katil dan tilam telah sedia ada, peralatan tidur seterusnya yang diperlukan adalah bedsheet. Ini akan lebih membuatkan tidur korang semakin nyenyak. Ada pelbagai corak bedsheet dari EHome yang cantik. Bedsheet yang dihasilkan dari Aloe Catton ini tidak akan membuatkan korang berasa panas ketika tidur.

Harga RM3.90 – RM23.90

Beli disini: Shopee

Almari

Almari adalah perabot yang wajib ada di dalam bilik tidur korang. Jika memerlukan almari, beli saja 4 FT Sliding Wardrobe with Mirror Design dari AllsWell ini. Almari ini kelihatan moden dengan dilengkapi cermin dan sliding door. Mempunyai 2 warna hitam dan putih. Almari berukuran L 1145 x W 535 x H 1800mm ini dibuat dari bahan particle board.

Harga RM318.00

Beli disini: Shopee

3. Peralatan Elektronik

Keperluan peralatan rumah akan kurang lengkap tanpa peralatan elektronik. Peralatan elektronik dapat memudahkan hidup kita. Dengan demikian kita dapat menjimatkan masa dan tenaga. Cuba semak beberapa peralatan elektronik berikut, adakah ada yang belum korang miliki atau dah rosak sehingga perlu diganti?

Mesin Basuh Pakaian

Mesin basuh pakaian dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mencuci pakaian. Salah satu mesin basuh pakaian yang mampu milik dan automatik adalah mesin basuh dari Midea. Mesin basuh pakaian ini memiliki ruang yang dapat menampung cucian hingga 8.5KG. Penggunaan elektrik juga adalah 220 volt.

Harga RM534.00 – RM612.00

Beli disini: Shopee

Television

Korang tentu memerlukan hiburan di rumah. Dengan smart tv yang berkualiti, korang dapat menonton siaran dengan lebih menyeronokkan. Korang boleh dapatkan Smart TV terbaru dari PRISM+ Q65-QE Quantum Edition 4K Android10.0 TV 65 inchi ini. Dilengkapi pula dengan port HDMI & USB 2x.

Harga Promosi RM2,999.00

Pre Order di sini: Shopee

Kipas Angin

Ketika cuaca panas, kipas angin dapat menjadi penolong korang. Jom, beli kipas angin KHIND 16 Wall Fan ini. Kipas angin ini memiliki tiga pilihan kelajuan yang boleh disesuaikan dengan keinginan korang. Penggunaan elektrik juga adalah sebesar 50 watt. Paling penting 5 bintang.

Harga RM89.00 – RM133.00

Beli disini: Shopee

Seterika

 

Setelah baju selesai dicuci dan dijemur, jangan lupa dikemaskan dengan seterika. Seterika dari Pensonic 1430W Dry Iron ini boleh korang dapatkan kerana ia dilengkapi dengan fungsi penyesuaian panas yang mudah disuaikan dan mempunyai fungsi spray sekaligus memudahkan korang untuk menggosok pakaian. Penggunaan elektrik juga adalah sebesar 1200 – 1430 watt.

Harga RM32.79 – RM35.79

Beli disini: Shopee

4. Alat Pembersih Rumah

Rumah baru yang belum berpenghuni sudah pasti tidak mempunyai tahap kebersihan yang baik. Penyapu digunakan untuk menyapu sampah, membersihkan sawang, dan membuang habuk. Di sini kami senaraikan jenis alatan yang boleh anda dapatkan dengan mudah.

Set Penyapu Dan Penyodok

11 Barang Keperluan Rumah Baru

Harga RM16.77

Beli disini: Shopee

DELLY Automatic Smart Hand 3 Dalam 1

 11 Barang Keperluan Rumah Baru

Harga RM13.90

Beli disini: Shopee

Penyapu Sawang Boleh Laras

 11 Barang Keperluan Rumah Baru

Harga RM13.50 – RM17.90

Beli disini: Shopee

Easy Spray Mop With Microfiber Pad Mop Rotation

Harga RM19.90

Beli di sini: Shopee

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL