spot_img

Rakaman Cara Lelaki Ini Sekolahkan Pemandu Myvi Buang Sampah Dipuji Wargamaya

- Advertisement -

SEJAK semakin banyak daerah serta negeri mula masuk ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 dan 3, jalan raya sudah kembali sesak semula dengan kehadiran kenderaan-kenderaan. Sekaligus, menyebabkan orang ramai terpaksa menghadapi kesesakan lalu-lintas semasa waktu puncak.

Baru-baru ini tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki turun daripada kenderaan untuk “mengajar” pemandu Myvi yang membuang kotak rokok di atas jalan raya semasa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas menunggu lampu isyarat merah.

Menurut lelaki ini yang merupakan seorang doktor gigi, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6 petang. Beliau ternampak pemandu di dalam kereta Myvi berwarna oren yang sudah “modified” dengan selambanya membuang keluar kotak rokok daripada kereta tersebut.

- Advertisement -

Oleh kerana beliau berasa “kurang senang” dengan tindakan pemandu Myvi tersebut, beliau segera keluar dari kenderaannya lalu mengutip kotak rokok di atas jalan raya tersebut.

Kemudian, beliau memasukkan semula kotak rokok itu ke dalam kereta Myvi sambil memberikan sedikit “pesanan” kepada pemandu tersebut.

Video yang berdurasi sekitar 20 saat itu telah mendapat ratusan perkongsian serta komen daripada netizen yang memberikan sangat bersetuju dengan tindakan spontan doktor tersebut. Video di akhir artikel ini.

- Advertisement -

Rata-rata orang ramai memuji doktor itu kerana berani menegur perbuataan pemandu Myvi terbabit yang kurang bertanggungjawab terhadap kebersihan jalan raya awam.

Semoga video ini menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan jalan raya bersama-sama agar tidak menyukar pihak lain yang terpaksa membahayakan diri mereka untuk membersihkan sampah-sarap di atas jalan raya.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK WAN JOHAN ARIFF
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK WAN JOHAN ARIFF
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK WAN JOHAN ARIFF
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK WAN JOHAN ARIFF

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL