spot_img

Geng Honda Konvoi Sama Sama, Tapi Tinggalkan “Rakan” Bila Terlibat Kemalangan

- Advertisement -

PADA hujung minggu lalu sehingga ke hari ini, orang ramai masih berasa geram dan marah dengan geng konvoi kereta yang menjadi punca kemalangan di antara Nissan Cefiro dengan Honda BR-V di kawasan Ulu Yam.

Selain tular rakaman video kemalangan tersebut, WhatsApp group kaki kereta juga berbual mengenai satu video kemalangan lain yang melibatkan sebuah Honda Civic FD.

Dalam video tersebut sekumpulan pemilik Honda Civic sedang menguji skill dan kemampuan kereta masing-masing, secara tiba-tiba ada sebuah Honda Civic dan Proton Satria memotong kenderaan yang merakam konvoi terbabit dari sebelah kanan. Video di akhir artikel ini.

- Advertisement -

Setelah memecut beberapa puluh meter di hadapan, Honda Civic yang berada di hadapan Proton Satria hilang kawalan lalu merempuh bahagian selekoh kiri jalan tersebut.

Proton Satria serta beberapa buah lagi Honda Civic yang lain sempat mengelak semasa kereta tersebut terlibat kemalangan. Namun hanya pemandu Proton Satria sahaja yang memberhentikan kenderaan, manakala pemandu Honda Civic lain meneruskan perjalanan mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku pada beberapa saat lepas.

Tindakan pemilik-pemilik Honda itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya agak sedikit terkejut apabila melihat mangsa kemalangan ditinggalkan begitu sahaja oleh pemilik Honda Civic lain.

- Advertisement -

Menurut salah seorang pengguna media sosial, mangsa yang terlibat kemalangan ditinggalkan begitu sahaja kerana dia datang daripada kumpulan lain. Oleh sebab itu kumpulan Honda Civic yang lain meneruskan perjalanan seperti biasa.

Dalam beberapa gambar yang lain, beberapa pemilik kereta lain datang memberikan bantuan kepada mangsa. Kelihatan agak teruk juga keadaan kereta terbabit sehingga bumper depan tercabut akibat kemalangan tersebut.

SUMBER GAMBAR: WHATSAPP GROUP
SUMBER GAMBAR: WHATSAPP GROUP

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL