spot_img

Mark Zuckerberg Dilaporkan Rugi RM29 Bilion, FB IG WHATSAPP Gagal Diakses Selama 6 Jam

- Advertisement -

SEJAK tengah malam tadi dalam jam 1120PM, platform Facebook, Instagram dan WhatsApp yang dimiliki oleh syarikat Facebook dilaporkan mengalami masalah untuk diakses secara serentak.

Masalah yang disangka hanya berlaku dalam tempoh yang singkat ini dilihat telah berlarutan sehingga hampir 6 jam sekaligus menjadi gangguan terpanjang pernah berlaku dalam sejarah Facebook.

- Advertisement -

Impak daripada masalah yang berlaku, Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook merangkap pemegang saham terbesar syarikat beliau dilaporkan terpaksa menanggung rugi sebanyak $7 bilion (RM29.22 bilion) selepas saham syarikat Facebook turun sekitar 5%.

Bukan itu sahaja, kedudukan beliau dalam senarai manusia terkaya dunia juga turun ke tempat keenam berikutan insiden yang berlaku pada platform yang digunakan ramai ini.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali ketiga pada tahun ini platform Facebook mengalami masalah gagal untuk diakses oleh pengguna seluruh dunia.

Mark Zuckerberg kata manusia tak boleh hidup tanpa Facebook?

- Advertisement -

“Facebook, Instagram, WhatsApp and Messenger are coming back online now. Sorry for the disruption today — I know how much you rely on our services to stay connected with the people you care about.”

Untuk sebuah korporat bernilai trillion dolar, ia langsung tak mencerminkan kemahiran perhubungan awam yang baik ataupun adakah ia disengajakan? Kalau entiti seperti Apple ataupun Google, mereka tentu sekali akan memohon maaf seakan ingin menyembah pengguna supaya tidak mencari alternatif.

Ia kedengaran seperti dengan angkuhnya dia katakan yang kita perlukan Facebook, lebih daripada Facebook perlukan kita. Adakah benar? ataupun sebaliknya.

- Advertisement -

Tambah menarik, kegendalaan ini berlaku pada hari Frances Haugen dijadualkan memberi keterangan dihadapan Senat tentang pendedahan skandal yang berlaku di dalam Facebook.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL