spot_img

“Bekas Peragut” Hulur Sumbangan Ke Rumah Perlindungan

- Advertisement -

WALAUPUN hanya berlakon sekali membawa watak peragut dalam iklan bersama Wan Maimunah pada era tahun 2000-an.

Uzreen Kassim atau lebih dikenali sebagai “Bang Shim” kini aktif dalam perniagaan dengan menjual produk beliau sendiri, sambal ragut.

Yang terbaru bang shim turun padang memberi sumbangan barang keperluan untuk sebuah rumah perlindungan di Kota Damansara. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan.

- Advertisement -

“Abang doakan kebaikan agar korang meragut pahala dengan tidak menjadi mangsa ragut”

“Salam,

- Advertisement -

Semalam abang pegi dapatkan barang keperluan untuk rumah perlindungan kat Kota Damansara. Diorang minta bantuan untuk keperluan barang harian. Nasib abang ada kawan kedai runcit boleh hutang. Abang minta tempoh sampai jumaat.

So dimudahkan cerita abang nak cari penaja untuk belanja bayarkan bil tu. Tak mampu bayar semua bayar yang kau mampu pun cukup. Abang percaya mesti cukup punya nanti.”

‘Peragut’ terharu aksinya diingati

- Advertisement -

“Saya terharu kerana iklan itu masih diingati sehingga kini walaupun tidak lagi ditayangkan di kaca televisyen,” kata Mohd Uzreen Mohd Kassim yang pernah melakonkan watak peragut dalam iklan khidmat masyarakat sekitar tahun 2006.

Turut membintangi iklan khidmat masyarakat itu adalah pelakon veteran, Wan Maimunah.

Berkongsi pengalamannya, Mohd Uzreen, 39, yang kini bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan pada tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.

“Saya ditawarkan berlakon oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM) dan terkejut kerana tawaran datang secara spontan sedangkan saya pula tiada pengalaman berlakon.

“Kebetulan, saya tiada pekerjaan pada waktu itu jadi terima tawaran untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya (berlakon),” katanya.

Menurutnya, sebagai inidividu yang tiada pengalaman, peluang berlakon dalam iklan itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah.

“Perasaan saya bercampur baur, teruja ada, takut pun ada ketika berlakon dengan ibu (gelaran untuk Wan Maimunah) di set penggambaran.”

“Namun, ibu tidak lokek berkongsi ilmu malah banyak membantu dan mengajar saya bagaimana melakonkan watak peragut di set penggambaran.”

“Ibu seorang pelakon yang profesional dan tidak kisah saya menolaknya dengan betul sekalipun kerana mahu adegan kami nampak hidup,” katanya.

Katanya, dia ada terbaca kenyataan Wan Maimunah yang meluahkan hasrat untuk bertemu dengannya.

“Saya ada menerima panggilan daripada anak angkat ibu yang mahu mengatur pertemuan kami selepas tersiarnya kisah itu di portal berita dan laman sosial.”

“Namun, ia kemudiannya senyap begitu saja dan difahamkan ibu mempunyai masalah kesihatan.”

“Ikutkan, saya juga (mahu) bertemu dengan ibu jika ada masa yang sesuai tetapi tidak pasti adakah dia masih ingat dengan saya atau tidak,” katanya.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, selepas iklan khidmat masyarakat berkenaan dia tidak menerima tawaran lain untuk berlakon.

“Itu (tawaran) kali pertama juga terakhir saya berlakon dan tiada lagi selepas itu tetapi impaknya besar sehingga kini terutama selepas video iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu.”

“Ini kerana ramai individu tidak dikenali menghantar permintaan untuk menjadi rakan di Facebook (FB) dan beratus mesej diterima. Jujurnya saya bangga kerana mesej iklan berkenaan sampai kepada penonton sekali gus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berwaspada,” katanya.

Berhubung wajahnya yang dijadikan karikatur di laman jenaka dekat laman sosial, Mohd Uzreen mengakui marah pada mulanya dengan tindakan individu yang melakukannya.

“Mulanya memang marah tetapi akhirnya saya anggap ia sebagai hiburan saja untuk pengikut laman itu,” katanya.

MOHD Uzreen menunjukkan iklan beliau meragut Wan Maimunah..

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL