spot_img

Lihat Perubahan Fizikal Lelaki Ini Selepas Jalani Latihan “One Punch Man” Selama 100 Hari

- Advertisement -

PEMINAT komik manga pasti sangat mengenali watak Saitama, wira terkuat dalam manga One Punch Man. Buat anda yang tidak pernah membaca komik ini, ianya mengisahkan seorang wira yang ingin menjadi wira terkuat di dunia dan mencari musuh paling kuat yang boleh dikalahkan oleh beliau.

Setakat ini, setiap musuh yang berdepan dengannya dikalahkan dengan satu tumbukan sahaja. Jika anda tiada masa untuk membaca manga One Punch Man, anda boleh menonton anime One Punch Man di Netflix.

Beliau menjadi kuat dengan latihan yang dibuatnya setiap hari. Latihan sebenarnya sangat mudah dan boleh dibuat oleh semua orang iaitu 100 tekan tubi, 100 sit-ups, 100 squats dan lari 10km setiap hari tanpa gagal.

- Advertisement -

Sebenarnya sudah ramai yang mencuba latihan Saitama ini di dunia sebenar dan baru-baru ini, seorang lelaki dari Singapura, Sean Seah menyahut cabaran latihan One Punch Man ini.

Dalam video ini, beliau membahagikan perjalanan latihan beliau kepada beberapa level. Sebagai permulaan, beliau bermula dengan level 5 dan pada minggu terakhir barulah beliau membuat latihan penuh One Punch Man ini.

- Advertisement -

Perubahan yang berlaku kepada fizikal Sean sangat menakjubkan. Badan beliau menjadi lebih lean dan rip tanpa perlu ke gym. Selain latihan ini, Sean cuma mengurangkan pengambilan 3 makanan ini dalam diet harian beliau iaitu makanan berminyak, gula dan karbohidrat.

Video ini telah dikongsikan lebih 12,000 kali di Facebook. Sean menunjukkan latihan One Punch Man ini boleh dibuat oleh sesiapa sahaja dan anda boleh ikut cara Sean dengan bermula dengan level yang rendah dahulu sebagai permulaan. Selamat mencuba!

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL