spot_img

PDRM Bakal Uji BMW M3 Dan Volkswagen Sebagai Kenderaan Rasmi?

- Advertisement -

SEJAK dahulu lagi PDRM mempunyai beberapa buah kenderaan menarik yang digunakan dalam membantu pihak mereka menjalankan tugas mahupun menjadi kenderaan pengiring untuk majlis-majlis rasmi negara.

Pagi ini orang ramai digemparkan dengan dua buah keping gambar dirakam di satu lokasi tertutup berlegar-legar di media sosial menunjukkan sebuah BMW M3 yang sudah siap menjadi “kereta polis”.

Gambar-gambar itu telah meraih perhatian ramai yang kagum serta teruja dengan kenderaan baharu yang bakal digunakan oleh pihak PDRM nanti. Tidak kurang juga ada yang menjangkakan PDRM bakal menggunakan kereta berkuasa tinggi lain pada beberapa tahun akan datang.

- Advertisement -

Sedikit info spesifikasi BMW M3 — selain mempunyai gril hadapan yang besar, kereta segmen Grand Tourer ini dikuasakan dengan enjin 3.0-liter 6-silinder, 473hp, rear-wheel drive dan mampu memecut dari 0km/j ke 100km/j dalam masa 3.5 saat.

Nampaknya kekuatan kenderaan pihak keselamatan negara semakin bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara kereta-kereta sport yang digunakan oleh PDRM sebelum ini ialah Mitsubishi Lancer Evolution X dan Honda Civic FK8 Type R.

Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak PDRM mengenai gambar BMW M3 dan Volkswagen Tiguan yang “hangat” tular di media sosial ketika ini.

SUMBER GAMBAR Armorblaze.
SUMBER GAMBAR Armorblaze.
SUMBER GAMBAR Armorblaze.
SUMBER GAMBAR Armorblaze.
- Advertisement -

“8 HARI TAK TIDO MALAM… INI BUKAN MOVIE PROPS

Alhamdulillah, im proud of it and yes, it was done by us. Alhamdulillah diberi kepercayaan untuk siapkan 5 unit kereta peronda polis ni.

1 unit BMW M3, 2 unit BMW X3 dan 2 unit Volkswagen Tiguan.

- Advertisement -

Kerja non stop sbb nak follow tight dateline, tapi feeling dia bila dibawak keluar dari kedai kami + siap ber”escort’ semua hanya tuhan je tau perasaan dia waktu tu.

Kepuasan, senyuman dan bangga dengan hasil kerja kami sendiri. Biarlah apa orang nak kata, tapi yg penting kami dapat buat benda tu.

Hopefully PDRM suka dengan hasil kerja kami dan ada projek seterusnya.. aminnnn.. kenapa x percaya PDRM boleh pakai M3 atau bee emm dable uu..?

In Sha Allah, what next? Wait and seeeeee..”

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL