spot_img

COVID-19: Kes Harian Capai 9.7K, “Nak Dekat Rentas Negeri Selangor Naik”

- Advertisement -

KES baharu positif COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu turun sedikit kepada 9,751 kes berbanding 9,890 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,323,478 kes.

Lima negeri catat kes tertinggi didahului Selangor iaitu 1,796 kes diikuti Sarawak (1,339), Kelantan (1,052), Johor (864) dan Sabah (705).

- Advertisement -

Sementara itu, meninjau reaksi netizen di Twitter, kebimbangan disuarakan ekoran kelonggaran rentas negeri mungkin akan diberikan tidak lama lagi.

“Uik, nak rentas negeri Selangor naik,” ciap @ahoreyy.

- Advertisement -

“Selangor juara semula,” tulis Khadeeja Mohd di Facebook.

“Lecehlah Selangor ni, turun sekejap naiknya selalu,” kata Awang Bin Selatan.

“Aku hairan betullah Kelantan ni, duk maintain seribu lebih tu dah berbulan bulan, ishhhhhhhh awat jadi lagu tu, kompius betullah,” tambah Shukran Seman.

- Advertisement -

“Negeri Sembilan naik balik dah, rasa ramai je yang lolos ke sana,” tulis Capital EF.

“Kelantan, Kedah & Terengganu kes naik sebab ramai antivaksin kat sana,” kata Nick Abu Bakar.

Sehingga kini sebanyak 89.1% populasi dewasa di Malaysia telah memperoleh vaksinasi lengkap setakat tengah malam tadi.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL