spot_img

Wargamaya Persoal Warga Emas Pandu Myvi 10KM/J Di Jalan Raya

- Advertisement -

SEGELINTIR pemandu Malaysia mempunyai pelbagai ragam yang membuatkan pengguna jalan raya lain terpaksa bertolak-ansur bagi memastikan kelancaran perjalanan semua pihak.

Terbaharu, pengguna media sosial sedang berbual mengenai satu video yang tular di mana sebuah Myvi bergerak pada kelajuan 10km/j sahaja di satu jalan yang kosong.

Di dalam video tersebut kedengaran pemandu lori tersebut mengomel kerana tidak dapat menahan sabar dengan kereta Myvi putih yang bergerak sangat perlahan sehingga mengganggu perjalannya. Video diakhir artikel ini.

- Advertisement -

Perbuatan pemandu Myvi tersebut telah membuat orang ramai tertanya-tanya, apakah yang terjadi kepada pemandu serta kereta tersebut.

Ada yang memberi tanggapan bahawa pemandu tersebut mengalami sakit atau kereta Myvi tersebut mengalami kerosakkan sehingga kereta dipandu begitu perlahan sekali.

Hasil carian mendapati ada segelintir penduduk sekitar kawasan Jengka 7 mendakwa kereta Myvi tersebut dipandu oleh seorang warga emas yang uzur.

- Advertisement -

Tambah mereka lagi warga emas tersebut sudah tidak larat lagi, namun masih gagahkan diri jua memandu ke beberapa tempat untuk menyelesaikan urusan kehidupan.

Sebahagian penduduk di sana sudahpun menasihati warga emas terbabit, namun warga emas itu enggan menerima nasihat yang diberikan orang ramai.

Oleh sebab itu, penduduk setempat meminta agar orang ramai sentiasa berhati-hati sekiranya ternampak kereta Myvi putih yang bergerak begitu perlahan kerana bimbang boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini.

Reaksi wargamaya

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK MARANVOICE
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK MARANVOICE

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL