spot_img

Peristiwa Berdarah Memali, Dua Cerita Berbeza Antara Penduduk Kampung Dan Kerajaan

- Advertisement -

PADA pagi 19 November 1985, RTM melaporkan sekurang-kurangnya 576 anggota polis mula mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah dan dalam keadaan berjaga-jaga.

Target mereka adalah Ibrahim Libya, seorang pemimpin PAS tempatan yang disyaki sebagai militan ekstremis. Beberapa jam kemudian, kepungan tu berakhir dengan 18 kematian – 4 orang polis, 13 orang penduduk kampung dan Ibrahim Libya sendiri. Kawasan Baling kemudian diletakkan di bawah perintah berkurung.

- Advertisement -

Tapi kenapa 576 polis diperlukan untuk tangkap seorang suspek? Berhantu sangat ke Ibrahim Libya ni?

Ibrahim Libya: Ustaz paling digeruni di Malaysia

Ibrahim Libya ada Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim Mahmud dilahirkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama. Dapat gelaran Libya kerana pernah menjelajah dunia untuk belajar agama dan dari pelbagai negara tu – dia menghabiskan banyak masanya di Libya.

Bila Ibrahim balik ke Malaysia pada tahun 1970-an, Ibrahim telah dilantik sebagai pendakwah di Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri. Dia juga pernah bagi ceramah di TV (RTM). Kira hebat la kan? Sebab zaman tu mana ada Youtube bagai.

- Advertisement -

Walaupun semua orang rasa jawatan tu dah cukup baik, tapi dia tak rasa macam tu. Sebab baginya, kerajaan buat banyak garis panduan sampai menyusahkannya untuk berdakwah. Jadinya, pada tahun 1976, Ibrahim berhenti dan mula masuk PAS.

Kg. Memali terletak di mukim Siong,Baling, Kedah.

Pada masa tu PAS baru je keluar dari Barisan Nasional dan tengah tetapkan perjuangan sebenar iaitu dari parti yang perjuangkan Melayu kepada parti yang perjuangkan hak Islam.

Tapi bila Ibrahim bagi ceramah dia selalu masukkan konsep Jihad dan mati syahid dalam ceramahnya. Tindakannya tu dah buatkan kerajaan keluarkan waran untuk dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan beberapa lagi ahli PAS yang dilihat radikal.

Lukisan yang mengambarkan kejadian Peristiwa Memali oleh para pelajar Madrasah Islahiah, Baling.
- Advertisement -

Cubaan pertama nak tangkap Ibrahim pada 1984 gagal dan diteruskan pada Oktober 1985 ketika dia di sebuah majlis ceramah PAS. Tapi cubaan tu pun gagal.

Namun, cubaan kali ketiga pada 19 November 1985, telah membuatkan Ibrahim Libya akhirnya terbunuh. 161 orang ditahan dengan 36 daripadanya dikenakan ISA. Bagaimanapun, semua perkara ni masih lagi tak berapa jelas dan masih bergantung kepada pandangan kerajaan atau penyokong Ibrahim.

Kematian Ibrahim Libya – Ikut kata kerajaan

Aaaah… ni lah kita nak cerita kenapa 576 polis diperlukan untuk tangkap seorang suspek. Berdasarkan laporan Kertas Putih 1986 yang dikeluarkan oleh kerajaan, jumlah anggota polis yang besar diperlukan kerana:

Mereka syak Ibrahim Libya ada kumpulan militan kecil yang akan melindunginya.

Ibrahim kuat mengajar konsep jihad dan mati syahid.

Penyokongnya mungkin telah bersenjata.

Perkara ni dikukuhkan lagi bila Polis memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan sekumpulan militan berhampiran dengan sebuah ceramah PAS.

“Pada jam 9.50 malam, Ketua Polis Daerah Baling bersama tiga orang anggota yang lain di dalam sebuah kereta peronda menuju ke Kampung Memali telah ditahan serta dikerumuni oleh lebih kurang 200 orang,” – Kertas Putih Memali 1986

Masa buat pengepungan di rumah Ibrahim, polis sebenarnya tak ada niat nak gunakan sebarang kekerasan. Mereka pada mulanya hanya guna cota dan gas pemedih mata, tapi bila mereka diserang hendap, mereka kemudiannya tak ada pilihan lain selain mengunakan senjata api.

Serangan tembakan hendap itu juga telah membunuh dua orang anggota polis. Lepas gagal pujuk Ibrahim dan pengikutnya menyerah diri, pihak polis pun terpaksa guna kereta perisai untuk rempuh pintu pagar rumah Ibrahim.

Anggota polis ketika kepung Memali.

Selepas itu, pihak Polis telah diserang dengan parang dan pedang oleh pengikut Ibrahim. Akibatnya, ramai anggota polis cedera parah sehinga membuatkan polis terpaksa guna senjata api untuk pertahankan diri. Akhirnya, Ibrahim dan beberapa orang pengikutnya terbunuh dalam kejadian tu.

Jenazah mereka yang terkorban.

Tapi di sisi lain pula, ceritanya sedikit berbeza.

Kematian Ibrahim Libya – Ikut kata pengikutnya

Ada satu dokumentari tentang Insiden Memali yang bertajuk ‘Al-Fatehah Memali’. Dalam dokumentari tu, penduduk kampung kata yang mereka dah tahu operasi polis akan berlaku di kampung dan polis akan gunakan kekerasan jika perlu.

Mereka juga kata Ibrahim disasarkan bukan sebab dia ektremis, tapi kerana UMNO Baling risau dengan pengaruh Ibrahim yang sangat popular. Sebab tu UMNO Baling fitnah dan mintak kerajaan tahan Ibrahim di bawah ISA. Boleh tengok dokumentari tu di sini:

Dalam masa sama, orang kampung juga tak terima laporan Kertas Putih Memali, sebab menurut mereka polislah yang yang bertindak ganas dan menceroboh rumah Ibrahim dulu. Satu perkara besar yang bertentangan dengan Laporan Kertas Putih Memali adalah bila orang kampung kata yang mereka sebenarnya tak ada sebarang senjata api.

Mereka turut memberitahu bahawa 3000 anggota polis terlibat dalam operasi tu. Bila Ibrahim ditembak, polis mula bergerak masuk dan tembak pengikut Ibrahim.

Balu Ibrahim Libya.

Balu Ibrahim pula kata yang polis guna gas pemedih mata terhadap orang dalam rumah, sebaliknya kerajaan dalam Kertas Putih kata – mereka hanya guna gas pemedih mata bila mereka diserang hendap di kawasan tu.

Kesan peluru di pondok padi Ibrahim Libya.

Dia juga beritahu macam mana polis minta mereka serah diri (sama macam Kertas Putih). Bagaimanapun, polis didakwa buat perkara tu dengan cara acukan pistol ke muka mereka. Ketika tu dia berada di sisi jenazah Ibrahim. Orang kampung yang ditemubual pula kata, mereka masih usaha dapatkan pampasan dan nak orang yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Antara orang kampung yang jadi saksi masa Peristiwa Memali.

Tapi.. siapa yang sebenarnya bertanggungjawab?

Takde siapa yang betul-betul ingat siapa yang bertanggungjawab

Berdasarkan cerita, orang yang dianggap bersalah adalah Tun Musa Hitam yang masa tu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Sebabnya, dia yang dilihat di parlimen dan buat pengumuman tentang insiden tu di media. Perkara ni jadi sebab Dr Mahathir masa tu dilaporkan berada di China.

Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri waktu tu.

Walaupun begitu, pada 2014 dalam satu forum, Musa Hitam kata yang Dr Mahathir sebenarnya ada dalam negara sekurang-kurangnya sehari selepas Peristiwa Memali. Musa juga beritahu bagaimana dia merayu kepada Dr Mahathir supaya jangan tinggalkan negara untuk kawal situasi sebagai Perdana Menteri.

Tapi katanya, Dr Mahathir pergi juga keluar negara. Perkara ni turut ada disebut dalam buku: A Policeman Remember dan dalam satu artikel di The Star yang kata Dr Mahathir masih belum berada di China ketika tu. Dr Mahathir pula kata yang dia tak ingat kalau Musa ada minta dia jangan ke luar negara, tapi mengaku yang dia terbang ke China sehari selepas Insiden Memali.

Keratan akhbar tentang Memali oleh Musa Hitam dan Dr Mahathir masa di China.

Bagaimanapun, Musa tetap anggap yang Insiden Memali adalah satu babak hitam dalam kareer politiknya dan walaupun tak bertindak sebagai Perdana Menteri masa tu, dia tetap sanggup pikul tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Musa mengaku yang dia suruh polis tangkap Ibrahim, tapi tak mintak polis gunakan cara kekerasan.

Persoalan: Adakah kerajaan buat benda yang betul?

Itu semua bergantung kepada tafsiran kita semua. Adakah kita anggap Ibrahim Libya sebagai seorang pejuang yang menentang kerajaan dan ISA atau penjahat yang mengancam keselamatan negara. Apa yang korang semua rasa?

PAS nafikan yang Ibrahim terlibat dalam sebarang kegiatan militan dan ekstremis, sebaliknya dakwa yang Ibrahim mati syahid. PAS tetapkan pendirian tu sampai sekarang. Walaupun ada yang mempersoalkan sama ada Ibrahim dan pengikutnya mati syahid atau tidak, Ustaz Fadzil Noor (bekas Presiden PAS) bertegas yang mereka itu mati syahid.

Ustaz Fadzil Noor tegas dalam pertahankan kesyahidan Ibrahim Libya.

Dalam satu debat di Parlimen, isu Memali telah dibangkitkan oleh UMNO. Ahli parlimen tu dakwa yang Ibrahim dan pengikutnya tak mati syahid dan cabar Ustaz Fadzil Noor gali kubur mereka.

“Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalimnya untuk melihat badan mereka hancur atau masih segar.” – Ustaz Fadzil Noor.

Keratan akhbar isu mati syahid.

Kerajaan pula nampaknya takde sebarang niat untuk ubah cerita mereka.Walaupun ada usaha yang nak Kertas Putih Memali 1986 ditarik balik, tapi usul tu ditolak di Parlimen pada 2014. Walaupun ISA dah takde sekarang, tapi kerajaan gantikannya dengan undang-undang lain seperti SOSMA dan POTA. Sama macam ISA, kerajaan janji takkan gunakan undang-undang ni untuk politik.

Mesti abang ni puas hati sebab ISA dah takde.

Jadi, dengan ancaman macam Islamic State (IS), Jemaah Islamiyah (JI) dan sebagainya, diharapkan kerajaan akan lakukan sesuatu yang lebih berkesan dalam menangani ancaman – ancaman sebegini.

Kini, hampir 36 tahun Peristiwa Memali berlalu dan sehingga ke hari ini juga perdebatan tentangnya tak pernah selesai. Sejarah tetap sejarah dan masa tak boleh diundur. Bagaimanapun, kebenaran akan terbongkar juga akhirnya dan kita jangan putus asa untuk menunggu ke saat itu.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL