spot_img

Seorang Nenek Dari Amerika Syarikat Masuk Islam Setelah Menonton “Sinetron”

- Advertisement -

SEORANG wanita dari Amerika Syarikat (AS) yang berumur 60 tahun memilih untuk memeluk Islam setelah menonton sinetron atau drama dari Turki yang bertajuk Resurrection: Ertugrul di Netflix.

Dia yang memilih nama Khadija sebagai nama Islamnya menyatakan bahawa dia terinspirasi dan memilih Islam setelah menonton Resurrection: Ertugrul, salah satu siri popular di Turki secara tidak sengaja.

Resurrection: Ertugrul menceritakan kisah sebelum penubuhan Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-13 Anatolia. Ia menggambarkan perjuangan Ertugrul Gazi, pemimpin pertama kerajaan itu.

- Advertisement -

“Saya periksa [drama] itu secara terperinci. Lalu saya mula menonton. Saya sangat berminat dengan Islam setelah menonton beberapa episod,” kata Khadija. “Ini sejarah yang tidak saya ketahui,” katanya mengenai siri ini, seperti yang dilaporkan oleh Anadolu Agency.

Dia mengatakan telah menonton semua episod sebanyak empat kali dan mula menontonnya untuk kali kelima. Dia mengakui bahawa drama bersiri ini mempunyai pengaruh besar terhadapnya dalam mengenali agama Islam.

Trailer Resurrection: Ertugrul

- Advertisement -

“Saya suka belajar sejarah baru. Ini membuka mata saya terhadap apa yang saya tahu mengenai agama dan berusaha mencari lebih banyak lagi,” katanya.

Dia menyatakan bahawa rasa ingin tahu mengenai sejarah lampau telah menemukannya dengan drama bersiri ini dan setelah menonton drama ini, dia bertemu dengan Islam.

Walaupun dia seorang Katolik Baptis, Khadija mengatakan, semua tanda tanya di kepalanya telah hilang dan dia akhirnya menjadi lebih berminat dengan Islam.

- Advertisement -

Dia mula serius dengan membaca kitab suci Al-Quran dalam bahasa Inggeris untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Islam, katanya ketika bercakap mengenai proses setelah dia memilih untuk memeluk Islam.

Bercakap mengenai reaksi dari teman rapatnya, dia berkata bahawa sebahagian daripada rakan-rakannya mengatakan bahawa otaknya sudah dibasuk setelah menonton drama bersiri tersebut.

“Saya tidak lagi membincangkan isu ini dengan orang. Saya tidak mengganggu kepercayaan mereka. Mereka juga tidak mempunyai alasan untuk mengganggu saya,” tambahnya.

Rakaman Nenek bernama Khadija yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL