Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Suami Sempat "Selfie" Dengan Isteri Hamil 7 Bulan Sebelum Menolaknya Jatuh Dari Tebing Bukit
spot_img

Suami Sempat “Selfie” Dengan Isteri Hamil 7 Bulan Sebelum Menolaknya Jatuh Dari Tebing Bukit

- Advertisement -

SEORANG suami di Turki di bawa ke mahkamah atas tuduhan membunuh isterinya dengan cara yang kejam. Sebelum membunuh, dia dilaporkan mengambil gambar swafoto bersama isterinya yang hamil tujuh bulan dan beberapa saat kemudian menolak isterinya jatuh dari tebing bukit.

Hakan Aysal, 40, telah ditangkap oleh polis. Dia dituduh menolak Semra Aysal, 32, dari tebing bukit sehingga membunuh mangsa ketika mereka bercuti di Butterfly Valley, di bandar Mugla, tenggara Turki, lapor Mirror.

Semra, yang mengandung tujuh bulan, meninggal bersama bayinya yang belum lahir.

- Advertisement -

Pendakwa raya mengatakan pasangan itu sempat mengambil gambar swafoto di tebing bukit. Menurut pendakwa raya, “kecelakaan” itu sebenarnya adalah rancangan jahat Hakan untuk menuntut wang insurans.

Dia dituduh melakukan jenayah pembunuhan dengan sengaja. Dalam satu dokumen pendakwaan, Hakan dikatakan telah merancang untuk membunuh isterinya bagi mendapatkan wang insurans kemalangan jiwa sebanyak 400,000 lira Turki (RM250,000) yang dinamakan ke atas namanya.

- Advertisement -

Pihak pendakwa turut menyatakan bahawa alasan mereka duduk di tebing bukit selama tiga jam adalah kerana Hakan mahu memastikan bahawa tidak ada orang di sekitarnya sebelum membunuh mangsa dengan menolaknya jatuh ke bawah.

Dokumen yang dikemukan oleh pihak pendakwa turut menyatakan bahawa Hakan telah menuntut pembayaran insurans sebanyak TRY 400,000 setelah isterinya meninggal dunia, namun ditolak oleh pihak insurans setelah siasatan terperinci dilakukan.

Manakala dalam satu wawancara video bersama dengan saudara mangsa, Naim Yolcu mengatakan bahawa ketika berkunjung ke Institut Perubatan Forensik untuk mengambil mayat isterinya, Hakan tidak keluar dari kereta dan reaksinya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

- Advertisement -

“Setelah dia meninggal, kami baru mengetahui bahawa dia mempunyai tiga pinjaman yang Hakan ambil atas nama adik saya. Selain itu, Hakan adalah orang yang takut dengan ketinggian, jadi sukan ekstrem apa yang boleh dilakukan olehnya jika dia takut dengan ketinggian?” kata Naim.

Hakan dalam satu soal jawab bersama mahkamah telah menafikan bahawa dia bertanggungjawab atas kematian isterinya. “Dia meminta saya untuk memberikannya telefon. Saya bangun dan kemudian mendengar isteri saya menjerit di belakang saya ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya. Ketika saya menoleh, dia tidak ada di sana. Saya tidak ‘tolak isteri saya’,” katanya kepada mahkamah.

Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye telah memutuskan bahawa Hakan akan ditahan kerana merancang pembunuhan isterinya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL