spot_img

Pak Cik Shell Kembali Bongkar “Mitos” Isi Tangki Di Posisi Berlawanan Dapat Minyak Ekstra

- Advertisement -

SEBELUM ini Pak Cik Shell pernah berkongsi video membongkar teori menekan nozzle secara perlahan boleh memberikan kuantiti minyak lebih banyak telah menarik perhatian ramai orang.

Terbaru Pak Cik Shell telah berkongsi satu video bagi membongkar rahsia “kepercayaan” sebahagian pemilik kenderaan yang percaya apabila posisi hos minyak berlawanan akan dapat minyak ekstra. Video di akhir artikel ini.

Menurut Pak Cik Shell, tiada perbezaan antara posisi hos pam minyak secara selari ataupun berlawanan dengan tangki kereta kerana pam minyak akan menolak minyak masuk ke dalam tangki sama jumlah dengan bayaran telah dibuat.

- Advertisement -

Tambah beliau lagi, sekiranya mengisi minyak dengan posisi hos pam minyak secara berlawanan dapat meningkatkan risiko kemalangan tumpahan minyak kerana sensor di hujung nozel tidak dapat berfungsi untuk mengesan apabila tangki minyak sudah penuh.

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM PAKCIKSHELL

Video tersebut telah mendapat lebih 29,000 ribu views dan rata-rata ramai gembira dengan ilmu baru yang dikongsikan secara praktikal eksperimen oleh Pak Cik Shell.

Bahkan ada yang membuat permintaan agar Pak Cik Shell dapat membongkar teori-teori lain seperti perbezaan mengisi minyak pada waktu siang dan malam, serta amalan menggoncang badan kereta bagi mendapatkan minyak ekstra.

- Advertisement -

Apa pendapat anda mengenai MythBuster kali ini? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Rakaman yang tular

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL