spot_img

Tular Rakaman Pihak Berkuasa Guna “Lori Pasar” Buat Serbuan

- Advertisement -

SETIAP kali pihak polis mahu melakukan operasi, mereka perlu berfikir di luar kotak bagi memastikan pasukan yang terlibat dapat menembusi masuk ke kawasan yang telah di kawal ketat.

Orang ramai ketika ini sedang sibuk berkongsi satu rakaman kamera litar tertutup di sebuah kawasan belakang lorong jalan. Di awal video tersebut, ada sebuah MPV dipercayai model Toyota Vellfire sedang menghampiri satu laluan masuk ke dalam bangunan. Namun ada seorang “penjaga” di laluan tersebut dilihat tidak membuka palang tersebut.

Beberapa saat kemudian, ada sebuah “lori pasar” menghampiri di belakang Toyota Vellfire tersebut. Lelaki “penjaga” itu dilihat menuju ke arah lori untuk melihatnya, namun sejurus lori itu berhenti di belakang MPV, salah seorang lelaki turun daripada lori tersebut lalu segera menahan lelaki “penjaga” terbabit ke arah dinding.

- Advertisement -

Babak seterusnya tidak disangka-sangka oleh orang ramai apabila hampir 20 anggota polis yang lain turun keluar daripada lori berlari menuju masuk ke dalam kawasan bangunan, umpama babak Genji bertembung dengan Seriwaza dalam filem Crows Zero.

Setakat artikel ini ditulis tiada apa-apa kenyataan rasmi dibuat oleh pihak PDRM mengenai rakaman kamera litar tertutup yang sedang tular ketika ini. Namun memang luar biasa taktik yang digunakan oleh pihak polis bagi membolosi kawasan terbabit.

Reaksi beberapa warga maya

“Aku terlibat dlm membantu Polis reviu cctv kes rompakan bebaru ni. Bahagian Risikan dan Operasi PDRM mmg POWER. Di sebaliknya muka mat rempit, pecah rumah, sbnrnya berpangkat 2-3 paku di bahu. Diorg sanggup reviu cctv tu berpuluh-puluh jam utk track n trace pelaku-pelaku dlm cctv tu. Bestnya bhgn risikan ni, kejap jd foreman, kejap jd pembaca meter tnb, kejap jd penjual ais krim. Haha..” – Cool Zone Engineering.

- Advertisement -

“mujur kamera gambar pecah (kualiti kurang best). kalo tak, habis la polis-polis dalam operasi pulak samseng cari. nak kamera gambar clear, macam kes dekat KB tu.. gambar terang sungguh.. mungkin hotspot.. banyak jugak kes dekat jalan yg sama.” – Najmi Zabidi

“Masing2 guna skill. Polis menyamar penjenayah, penyenayah menyamar polis.” – C-din Tok Nyadark.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL