Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Ahli ᴍᴀꜰɪᴀ Itali Ditahan Polis Kerana Pamer Kebolehan Memasak Di YouTube
spot_img

Ahli ᴍᴀꜰɪᴀ Itali Ditahan Polis Kerana Pamer Kebolehan Memasak Di YouTube

- Advertisement -

SEORANG ahli ᴍᴀꜰɪᴀ telah ditahan di Caribbean setelah mempamerkan kebolehan memasak di laman YouTube. Di dalam video tersebut, dia bertindak menyembunyikan wajahnya tetapi secara tidak sengaja mempamerkan tatu khas yang ada di badannya.

Marc Feren Claude Biart, 53, menjalani kehidupan yang tenang di Boca Chica, Republik Dominika. Komuniti ekspatriat Itali menganggapnya sebagai “orang asing”, kata polis dalam satu kenyataan pada hari Isnin.

- Advertisement -

Biart hidup dalam pelarian sejak 2014, dia menjadi buruan pihak berkuasa Itali kerana menjual ᴅᴀᴅᴀʜ jenis ᴋᴏᴋᴀɪɴ di Belanda. Dia juga difahamkan mewakili puak Cacciola dari ᴍᴀꜰɪᴀ Ndrangheta.

Melalui laporan The Guardian, seorang lagi ahli ᴍᴀꜰɪᴀ Ndrangheta telah ditahan di Portugal Isnin lalu. Francesco Pelle, yang telah melarikan diri sejak 14 tahun lalu dan dianggap sebagai salah seorang ᴍᴀꜰɪᴀ Itali yang berbahaya, dikesan di sebuah klinik di Lisbon di mana dia menerima rawatan untuk COVID-19.

Pelle adalah sebahagian daripada ahli Pelle ‘ndrina di Calabria dan merupakan individu penting dalam kejadian pergaduhan antara keluarga ᴍᴀꜰɪᴀ Pelle-Romeo dan Nirta-Strangio yang terjadi di bandar San Luca sehingga menyebabkan enam orang ᴛᴇʀʙᴜɴᴜʜ pada tahun 2007.

- Advertisement -

Pelle juga telah dituduh mengeluarkan arahan untuk ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ Giovanni Nirta, salah seorang ketua ᴍᴀꜰɪᴀ. Nirta selamat dari kejadian terbabit, namun isterinya, Maria Strangio, ᴛᴇʀʙᴜɴᴜʜ dalam serangan itu. Manakala empat orang lagi, termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan cedera.

Pada tahun 2019 pula, polis berjaya menahan seorang ahli ᴍᴀꜰɪᴀ Camorra, Marco Di Lauro. Dia ditahan semasa sedang menikmati pasta dengan dua ekor kucing kesayangannya di sebuah apartmen di pinggiran Naples. Lauro juga merupakan buruan pihak polis dan telah melarikan diri selama 14 tahun.

- Advertisement -

Ndrangheta yang menjalankan operasi di Calabria telah dianggap sebagai salah satu kumpulan jenayah paling kuat di dunia kerana mempunyai kawalan terhadap sebahagian besar ᴋᴏᴋᴀɪɴ yang memasuki Eropah. Ia telah memperluaskan kuasanya ke seluruh pelusuk dunia dan dianggap sebagai organisasi ᴍᴀꜰɪᴀ terbesar di Itali.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL